Saturday, 16 February 2013

Ehh.. Result !

Assalamualaikum W.B.T

Ehh.. Result dah keluarlah. Alhamdulilah, sayalah jadi Radio Bergerak UiTM. Haha.. Dapat je info dari Student Portal, 15.02.2013 result keluar terus copy and paste dekat group UiTM e-Pjj. Serius, sangat-sangat gabra. Dari tarikh asal 18.02.2013 tiba-tiba di awalkan menjadi 15.02.2013. Dua malam tidak nyenyak tidur. Group whatsapp dah mula meroyankan diri. Ada yang kata, "mimpi ngeri semalam, subjek ***** kena repeat." Simpang Malaikat 44, nak repeat paper lagi, memang tidaklah teman. Cukuplah sekadar sekali, yang seterusnya biarlah berjalan dengan lancar dan juga tenang. Tahun lepas 3.08.2012. tarikh keramat yang tidak akan sesekali dilupakan. Hanya tersenyum apabila bangkit dari tidur dan memperkemaskan diri. Hari yang sama, tahun yang berbeza dan bulan yang berbeza bagi semester yang berbeza. Waktu tengok result semester lepas, saya berada di Jakarta, alangkah hitamnya cuti-cuti Indonesia saya. Menangis hampir 2 malam, tidak pernah gagal sewaktu diploma dan tidak pernah rasa perkataan "REPEAT". Sekali, Allah S.W.T beri sedikit je ujian untuk kita, hah! Ambikkk! 2 malam melalak tak sudah.

Orang kata, dijentik jangan melatah, dijentik untuk berubah. Alhamdulilah, usaha keras dari awal semester sehingga peperiksaan akhir semester membuahkan hasil yang cukup membrangsangkan. Setelah berusaha, kita berdoa dan bertawakal agar dipermudahkan segala urusan kita.Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar. Siapa tahu nasib kita, hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu. Alangkah indahnya jika kita mengerti perkataan syukur itu. Usah disesal mahupun ditangisi dengan apa yang kita perolehi. Sedih tetap ada cuma, dari situ kita usaha mempertingkatkan kualiti dan kuantiti dalam pembelajaran dan pengajaran. Jangan ditoleh yang belakang sedangkan masih ada yang indah di hadapan. Acap kali minda kita sebenarnya perlu ditanak dengan perkataan Allah sentiasa disisi hambanya. Kuatkanlah diri dan juga memperbaiki kelemahan. Alhamdulilah, 4.50 pagi terjaga dari lamunan tidur, capai telefon bimbit yang disebelah kanan. Wow! Berpuluh-puluh whatsapp masuk + viber. ? Apakah? Tidak di layan, mata dalam keadaan mengantuk. Hanya membuka e mail dan SIMS 2011681*** . Final Exam Result.! Ehhh.!! Result dah masuk, kalau dulu Mad duduk tepi konon nak tumpang tengok sekali. Memang tak lahkan! Haha.. Alone and just redha sahaja masa tu. Tup..Tup, Alhamdulilah. Bersyukur, ada sinar senyuman di pagi Jumaat. Allah sentiasa membantu hambanya yang lemah asalkan sedar akan kekhilafan yang pernah dilakukan dan berdoalah kepadaNYA, maka akan ada seribu kemanisan hikmah untuk kita. Bersyukur, walaupun tidak seindah sewaktu diploma, inilah hasil usaha keras bersama-sama rakan yang lain. Special thank to My Mom, setiap kali nak exam akan ada Air Yasin and Nescafe panas, Bapak akan pantau masa tidur. My Big Brother akan buat soal siasat and yang lain hanya melihat. Alhamdulilah, masih ada keluarga yang terus gigih memberi sokongan. Thanks also to my BFF (darling2 ku) sentiasa support, Fairus and Jeffri. All the best guys! Classmate yang JEMAH sangat! Kak Masrina, Sriza, Nora (single lagi beb), Asnida, Fadzil, Hisyam you all memang Jemah gila! Buat kiah-kiah propa, Sani, Kak Masyitah, Hairi and Shamsidar! all the best untuk next semester, leetoooppp giteewww~ Haha..  UKRIDARian! [Wan, Aman, Mad, Apai] Always in my heart (cewwaaaahhh~!!) terima kasih selalu bagi semangat dan banyak membantu memperbaiki diri. Madie, Azre, Zuhaili, Ikin, Salby.. Zon R1 sentiasa di hati.. Munirah and Suhaini the ladiesss in my heart and in my mind~ Haha dan semua yang banyak memberi sokongan dan dorongan yang tidak putus-putus. Forget someone! Syamsul Amri, malam tu dia tarbiyyah baik punya dekat whatsapp :) Thanks syam :)

Petua paling indah bila nak ke Final Exam, kucupan seorang ibu itu mampu menghilangkan seribu debaran. Tangan yang menghayun buaian apabila kita salam dan dakap erat Insya Allah, serta merta hilang debaran tu. Once, i text my brother, says " congrats and berapa pointer". Bila sebut pointer rasa maca down sedikit. Hehe.. I call my mom, "Tahniah and Alhamdulilah", Ya Allah, sesungguhnya Ibu itu adalah jantung dan nadi untuk terus gagah menyambung pelajaran. Alhamdulilah, inilah kisah yang singgah di hati lalu tangan pantas menaip dan juga mencoretkan segala keindahan yang berlaku. Percayalah, jika jahat manusia itu seketika dahulu, tidak semestinya jahat sepanjang hayat. Berilah peluang dan bersama-sama memimpin tangannya untuk ke jalan yang benar. :) 

Sampai disini sahaja. :) Kamsahamida :)

2 comments: