Sunday, 3 February 2013

Pada Bulan

Pada bulan aku bercerita
Siapa aku dan siapa dia
Pada bulan juga aku bercerita
Tiada siapa tahu apa yang aku rasa

Pada bulan aku bercerita
Aku letih, aku sakit
Pada bulan jua aku bercerita
Tiada kekuatan meneruskan perjalanan

Bulan mula berkata-kata
Aku yakin kamu boleh
Bulan mula berkata-kata
Kamu kuat kamu tabah

Bulan mula bercerita
Kamu ada DIA, tempat berlindung tempat berteduh
Bulan mula bercerita
Usah risau, usah gusar

Pada bulan aku bercerita
Aku sedih, aku pilu
Bulan mula berka-kata
Usah sedih, usah pilu
Ada sinar matahari menyinari hidup aku

Nashriq Ismail 03/02/2013
1.30 am

2 comments:

  1. Mad, Haha..
    Bulan tu hanya gambaran shj. Xda siapa2 pun. Haha

    ReplyDelete