Tuesday 26 February 2013

Singapore V.I

Assalamualaikum W.B.T :)

Apa khabar buat pembaca blog saya? Apa khabar Iman kita? Tidak mengapa, tiada manusia yang sempurna. Alhamdulilah, Februari sudah hampir ke penghujungnya. Kalau direnungkan begitu pantas masa berlalu. Tidak mengapa jangan sesekali rasa lemah untuk memperbaiki diri. Sedarilah masih ada yang sayang. :)

Singapura / Singapore? Angan-angan mahupun kenyataan?

Alhamdulilah, masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah S.W.T. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih sudi membuka ruang di jalan yang penuh berliku. Apa cerita saya hari ini adalah, cuti-cuti Singapura. Bak kata Shazwan "Tak pernah kalau Wan yang rancang, tak jadi. Cuma antara orang hendak dengan tak nak je " - Perancangan tidaklah serapi tahun lepas, sewaktu hendak ke Indonesia tapi Alhamdulilah, rezeki Allah S.W.T hendak bagi kita merasa bagaimana hidup di negara orang. Perjalanan cerita bermula pada 20.02.2013, seperti yang telah dirancang kami akan bertolak selepas Zohor. Sebelum bertolak ke Kluang, kami singgah dahulu di IMU (International Medical University). Pick Up Syamsul, pagi tu Syam exam. Alhamdulilah, dia kata paper dia okay dan boleh jawab dengan tenang. Meneruskan perjalanan ke Kluang yang memakan masa lebih kurang 2 Jam 1/2 kami selamat tiba di Kahang Barat jam 5.30 petang. "Aman, aku kat Muar lagi ni, so! kau siap-siap jelah. Dah sampai aku text kau ye."- Sepanjang jalan di highway, Syamsul tidur. Kesian dia, letih study untuk exam, jadi kami berdua (Shazwan and Saya) tidak mahu menggangu ketenteraman Syamsul. Sepanjang perjalanan tu, Shazwan seperti biasalah, dengan lawak-lawak sengal dia. Ketawa selagi boleh dalam kereta. Haii! Happynya masa tu, biasalah dah enam bulan tak jumpa. Alhamdulilah, ukhwah kami tidak pernah sesekali terputus. Walaupun dilanda sibuk seperti seorang Perdana Menteri, adakalanya medium teknologi itu penghubung erat untuk kami semua. Hampir tiba di Tol Ayer Hitam, barulah Syamsul sedar. Syamsul ni dari Sarawak dan dia tidak pernah jejakkan kaki ke Johor apatah lagi Kluang. Tiba di rumah Aman, lebih kurang jam 5.30 petang. Terperanjat Dracula Aman, bila tengok kami sampai. "Kata baru dekat Muar, Tipulah.. Tutup pintu ar macam ni" Haha.. Aman, Aman! Lepas selesai minum petang di rumah Aman, kami berempat terus ke teratak Mad. Maghrib di Masjid berdekatan dan makan malam sebelum bertolak ke Simpang Renggam.

Berada di Rumah Mad! Kluang, Johor.

Setelah selesai urusan di Simpang Renggam! Akirnya tibalah di Taman Universiti, Skudai. 11.30 malam memekak depan rumah orang. Bayangkan terjerit kuat sangat sebab kena kacau dengan seorang hamba Allah ni. Nasib baik takda yang keluar dari rumah bawak parang. Mau lari macam lipas kudung. Haha..

Rumah yang kami duduk tu, rumah Mak Cik Aman, Alhamdulilah, selesa tapi ngeri sebab banyak lipas dekat dalam bilik ayor! Haha.. Nak jumpa En. J pun takut je masa tu. Orang kata, indah bila bersama-sama, melingkar macam ular and first time ada Syamsul. :) Haha.. Malam tu Nora (my e-pjj classmate) call sebab risau dengan interview dekat MSU, so far Alhamdulilah. Nora mudah untuk diberi semangat.. Good Luck Nora.. :) Seperti biasa, bila tempat baru, saya memang susah untuk lelapkan mata. Tidak sedar jam berapa baru lelapkan mata, dalam jam 6.00 pagi dah sedar.

Bersiap-siap nak ke Universal Studio
Aman, Syam, Mad, One

Me and Mad

Syamsul, Mad, Aman & One

Mad, Syamsul, Me, Aman & One

One, Mad, Aman & Syam
 
Bersiap untuk ke Universal Studio Singapore. :) Alhamdulilah, semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Alhamdulilah, kerana berpeluang sekali lagi menjejakkan kaki di negara orang. Kami tiba di Universal Studio Singapore, lebih kurang jam 11.00 pagi. Bergambar sakan kami di sana. Pelbagai mainan yang kami cuba. Buat pertama kali main roller coaster tanpa menutup mata. Fear Factor sangat! Haha. Atas nasihat hati, tidaklah berani mencuba roller coaster yang lagi satu. Hehe. Cukuplah sekadar satu. Terasa nyawa bagai dilayang-layang bila naik roller coaster tu. Kalau nak diceritakan semua memang panjang berjelalah saya punya blogkan. Apa-apa pun kami keluar dari USS tu jam 7.30 malam. Semua siap shopping bag USS lagi. Hahaha.. Apa yang saya dapat adalah ukhwah dan persahabatan yang kekal ke Jannah. Alhamdulilah, sedikit demi sedikit memperlajari menghormati adat dan bila berada di negara orang. Sepanjang di Singapore satu sampah pun saya tak jumpa dan yang muda menghormati yang tua. Walaupun bercuti mata tetap melilau mencari satu kelainan.
Kami masuk semula ke Malaysia lebih kurang 10 - 11.00 malam dan makan malam di Singgah Selalu berdekatan dengan Danga Bay (macam ni kot ejaannya). Haha.. Dalam keadaan yang agak kurang menyenangkan, saya makan Tom Yam, Nasi Putih 1 Setengah Pinggan dan Satu Set burger. By the way, sebelum ke Johor dan Singapore, saya mengalami muntah-muntah dan mual sehinggalah malam terakhir di Johor, saya mengalami masalah yang sama. Sebelum tidur, seperti biasalah, gurau senda, berDracula dahulu barulah melelapkan mata.
Pagi subuh yang indah sebenarnya, semua agak hampir terlewat. Selesai solat subuh masing-masing melakukan aktiviti yang sama iaitu tidur kecuali Mad~! Dia mengaji dan terus mengaji lalu saya yang mendengar pun tidur. Dalam pukul 9.40 pagi baru semuanya bangun termasuklah Mad yang mengaji tadi. Entah bila Mad tidur pun saya tidak sedar. Aduhaaiii.. ~ Dah nak balik Kuala Lumpur...

No comments:

Post a Comment