Friday 1 March 2013

Tanjung Piai : Abadi Selamanya :)

Assalamualaikum W.B.T. :)

Alhamdulilah, masih mampu menyedut oksigen dan Allah S.W.T masih memberi peluang untuk bertaubat. Tatkala minda dalam keadaan padat dengan pelbagai perkara, terkenang seketika Tanjung Piai. Ya Allah, perasaan pada masa itu, tenang sehingga rasa mahu melelapkan seketika mata disitu. Jika saya seorang penulis, rangka penulisan boleh menjadi satu bab cerita. Alangkah beratnya kaki untuk meninggalkan suasana di sana. Pada mulanya, rancangan ke Tanjung Piai tiada dalam rangkaan cuti kami berlima, namun inilah yang dinamakan "Kita mampu merancang Allah S.W.T yang menentukan". Selepas siap sarapan pagi, semuanya bertemu dahulu dengan Mak Cik Aman. Ucapan terima kasih diberikan kerana sudi menyediakan tempat tinggal. Alahmdulilah, semuanya berjalan dengan lancar pada awalnya. Setiba di satu kawasan, kami sudah mulai sesat. Entah kampung mana kami redah. Dari jalan bertar sehinggalah ke tanah merah semua kami lalui. Kawasan kampung, tidak sesibuk bandar. Ada beberapa perkara yang mengelikan hati antaranya, apabila tingkap kereta di buka, sambil tangan melambai keluar, "Kak, nak tumpang tanya?" Wanita yang bertopi keledar itu berlalu pergi tanpa sebarang maklumat. Ketawa kami berdekah-dekah, kesian Syamsul. Sudah sesat, line fon pun tak berapa nak betul kami masih mengekalkan konsep redah. Berjalan sahaja kemana yang boleh, sehinggalah ketemu sesorang untuk bertanya di mana ada Masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Alhamdulilah, dapat juga menyelesaikan perkara yang wajib. Selesai Solat Jumaat, kami meneruskan perjalan ke Tanjung Piai. Masih sama, sesat entah ke mana, akhirnya bertanyakan seorang Pak Cik yang kebetulan lalu "Pak Cik macam mana nak ke Tanjung Piai " - " Oh. Terus ikut jalan ni, jambatan ke tiga belok kanan. Lepas tu jumpa surau belok kanan lagi terus nanti sampai" (lebih kurang macam tulah direction Pak Cik tu bagi)....
 
Akhirnya! Inilah keindahan dunia. Kami berada betul-betul di penghujung Asia. Syukur, tenang benar rasanya. Angin laut yang bertiup menyapa badan bagaikan terasa di awang-awangan. Sambil ketawa dan juga berkeping-keping gambar yang diambil membuatkan perasaan teruja itu membuak-buak. Berjalan kaki dengan sepanjang beberapa meter [ tak berapa nak ingat ] tibalah di hujung jeti. Apabila di tengah-tengah telefon bimbit masing-masing berbunyi, rupanya kami bukan di garisan Malaysia, sudah berada di Indonesia. Tiada talian Hotlink~ Maaf! Haha..  Melihat kapal-kapal yang tersusun dan juga bangau berterbangan, alahai! Saya mahu menjadi seperti kamu bangau, bebas berterbangan keliling laut. Angin terus menerus bertiup, pelbagai aksi dan lagak masing-masing untuk bergambar. Tanjung Piai, kenangan abadi selamanya, seperti mahu menitiskan air mata meninggalkan kenangan yang manis penuh dengan tawa. Ya Allah, sesungguhnya ukhwan yang sekejap ini akan kembali bertaut semula. Merekalah yang memberi dan mereka juga yang menerima. Seindah awan biru begitu juga air di laut. Aduhai hati, bila bertandang Jumaat, bagaikan terasa di Tanjung Piai. Terasa baru semalam bergelak ketawa, beberapa hari akan datang kita akan berpisah untuk seketika. Kenangan di Tanjung Piai, bagaikan sebuah kristal yang tidak mudah pecah. Apa sahaja yang terjadi di Jeti Tanjung Piai, Pontian Johor menjadi rahsia kami berlima. Rasailah sendiri ketenangan di Tanjung Piai. Sampai di sini, sehingga kita bersua lagi dicoretan akan datang.
 
 " Bagaikan layang-layang, terbang bebas di angkasa, membawa dan memberitahu kenangan itu milik Kita"
 
Merenung Jauh "Shazwan Sazali"

Menanti Tarikh Pulang " Mad Shazrulzaman "

Ukhwan Sampai Bila-Bila

Sarawak Aku Datang " Syam Sabri "

Never Say Never " Aman Halid "
 

2 comments:

  1. Sdihnye bce..tsk..tsk..one day we'll be meeting again insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. Aman, Insya Allah, sehingga kita bjumpa lg. ;)

    ReplyDelete