Wednesday, 19 February 2014

Tarikh Demi Tarikh

Assalamualaikum WBT  :)

Alhamdulilah, masih bernyawa dan masih bernafas. Mencari sesuap nasi hari demi hari. Kekuatan? itulah yang dicari, mencari teguhnya rasa, padunya sentuhan. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Meja jadi saksi, sederas sungai yang mengalir tanpa henti. Maka, di mana letaknya diri dan juga posisi. Semakin hari semakin ingin merungkai. Semakin hari semakin ingin mencari setiap jawapan. Antara bunga cengkih atau ketumbar, antara asam jawa atau asam keping. Jangan diminta namun biarkan, jangan dirayu namun ceritakan, jangan dituntut namun simpankan. Allah S.W.T ada untuk anda, jangan sesekali lupa, DIA sentiasa disisi anda. Maka, sujud akhirmu pinta kekuatan, sujud akhirmu tangiskan dan sujud akhirmu itu luahkan rasa. DIA mendengar, lalu diberikan sedikit kekuatan lalu bebanan jatuh tanpa disedari. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Penulisan yang tiada makna, namun kita manusia sentiasa mencari satu jawapan untuk satu persoalan.

No comments:

Post a Comment