Tuesday 18 February 2014

Bunga Cengkih Atau Ketumba?

Assalamualaikum WBT :)

Alhamdulilah, masih bernafas rupanya diri ini. Penulisan seperti biasa, hanya menceritakan antara yang nyata mahupun lakaran belaka. Sepanjang bulan 2 ini, tiada apa yang boleh diceritkan dengan hanya memenuhkan masa dan ruang waktu bersama-sama rakan seperjuangan dalam GPM. Semakin hari semakin mengenali dan semakin hari semakin mencari. Permainan dan corak kehidupan mula terlakar sekitar penceritaan alam yang bermula dengan tangisan kemudian kegembiraan. Bahagianya putaran roda, begitu juga putaran hidup kita. Adakala kita merasa gembira dan adakalanya menangis itu menjadi satu kegemaran bila mana sentak dan sentap berkunjung tiba. Sayangnya, perjalanan terbatas juga. Melihat kekuatan yang lain, begitu juga diri ini yang memerlukan kekuatan. Semakin hari semakin arif dalam menjalani kehidupan harian. Minggu-minggu yang dipenuhi dengan aktiviti. Apabila lakukan tugasan, mula akan ada drama sebabak yang macam pernah dilakonkan dalam slot akasia. Sememangnya saya? mudah menunjukkan emosi. Kekurangan masih banyak, masih berbatu-batu jauh untuk berubah. Semakin hari semakin identisasi. Mencari semula mana hilangnya buku-buku lama untuk diadaptasi. Belajar mengawal emosi dan ekspresi diri. Kuat dan semangat perlu, tabah dan cekal, menolak atau menerima pelbagai menjadi satu cerita. Semoga terus gagah pekasa seperti badang, menjadi pantas sepeti harimau kumbang, menjadi bijak seperti tupai. 

Semoga kita berjumpa lagi dilain bingkisan. :)

No comments:

Post a Comment