Thursday 22 December 2011

[ Saya Menulis Kerana Hati ]

Saya menulis kerana hati. Apabila hati saya sakit, saya mula mencoretkan lakaran minda dan hati. Mungkin tidak semanis yang disangka, tapi penulisan melalui hati ianya cukup jelas  betapa jelas apa yang saya rasai. Betapa gembira kita melihat kegembiraan orang lain, mencoretkan semanis kata di laman sesawang. Betapa indah kehidupan orang apabila disayangi dan dicintai. Betapa meriah kehidupan orang mencoretkan madah-madah sayang antara satu sama lain. Nampak jelas, tapi nyata masih samar. Masih berhubung namun hanya sebagai rakan ganti. Jelas untuk membuang, tapi tidak mampu. Tidak saya ketahui, kenapa masih lagi menunggu walaupun sudah diketahui jawapannya. Menjalani kehidupan sebegini buat saya selemah manusia yang tidak mempunyai harga diri. Sekelip mata orang bertukar ganti pasangan, mungkin mencari sesuatu kegembiraan dan mencari hatinya yang hilang. Jelas, saya sahaja yang berjalan dengan kepalsuan kegembiraan. Melihat selalu laman sesawangnya, membuat hati saya sakit. Sesakit dihiris pisau tajam. Kenapa mesti hiris? Tikam lebih tepat. Mungkin orang bukan jodoh dan ada hikmah tidak meneruskan hubungan dengan orang. Tapi, saya tidak boleh menipu, menipu diri sendiri kerana mata tidak terlihat pada orang lain. Jelas, cinta tidak buta tapi manusia yang membutakan. 

Z aman sudah berubah. Mengubah segala kehidupan orang dan saya. Saya menjalani kehidupan sebagai manusia yang mahukan satu kehidupan yang baru. Menempuh hari-hari yang penuh dugaan dan cabaran membuatkan saya lebih tabah dan kuat. Jalan yang saya pilih, saya harus tempuh dan lalui. Walaupun seperit mana, itu yang saya pilih. Kadang kala, mahu mengalah tetapi itu kenyataan dan takdir yang perlu saya terima. Hakikatnya, orang lebih ceria dan bahagia sekarang. Itulah tandanya, dia ramai diminati. Tidak mengapa pada saya, kerjaya dan masa depan saya sudah pun tentukan. Hanya jalan dan ikut perderaan masa. Saya masih lagi ada seorang bapa, emak, mummy, sister, brother and little broter untuk melihat kegembiraan saya. Saya juga beruntung mempunyai rakan, sahabat dan kawan yang memahami dengan kehendak saya dan ingin melihat saya berjaya! Saya gembira mempunyai ramai adik-adik yang sentiasa berkongsi pendapat, cerita dan pelbagai perkara dan mereka berjaya melangkah dalam kehidupan sebagi manusia. Kami berkongsi kegembiraan dan hilai tawa. The most important saya suka budak-budak, anak-anak ribena yang sentiasa dibawa ke mana sahaja. Mereka buat saya tersenyum, marah dan juga ketawa melihat telatah dan keranahnya.

                    
   "Seuntai Kata Untuk Dirasa”

No comments:

Post a Comment