Friday 23 December 2011

:: Saya Menulis Kerana Hati 2 ::

Hari ini sekali lagi saya menulis, kerana hati saya bagaikan tidak setenteram biasa. Alangkah mudah jika tiada kekesalan dalam kehidupan seseorang. Manusia mana yang tidak inginkan kesempurnaan. Bahagia, itulah yang selalu diimpikan oleh setiap manusia. Kenapa saya harus merasakan ketidakpuasan hati begitu banyak dalam kehidupan. Ada sahaja yang berlaku akan membuatkan saya rasa begitu tidak puas hati. Alangkah bagusnya, saya tidak mempunyai naluri sebegitu dan mudah saya rasakan. Saya benci dengan sifat itu, tapi ianya sukar untuk dibuang jauh. Bagaikan sudah sebati dengan kehidupan yang bgitu jelas dengan kehidupan saya. Jumaat, jelas terasa ketidakpuasan hati. Bagaikan tidak percaya, kenapa hari ini mood hilang dengan serta merta. Kegunaan dan penggunaan semuanya menjadi salah satu yang masih aku mahukan. Jelas, ketidakjelas terhadap bidang penggunaan dan kegunaan. Benci, kebenciaan harus muncul ke waktu begini?Semuanya membuatkan aku terus dibelengu rasa benci. Benci terhadap masa dan keadaan! Harus aku menanti satu perubahan yang jelas tentang penggunaan dan kegunaan. Ilhamkan aku sepasang kekuatan untuk menempuh hari yang penuh kehampaan. Jelas, tentang hari yang aku lalui. Itulah, dinamakan Saya Menulis Kerana Hati!

No comments:

Post a Comment