Sunday 18 December 2011

~ Welcome December ~

  Tidak lewat rasanya untuk mengucapkan selamat datang Disember. Disember yang penuh dengan sesakkan tugasan sebagai pelajar dan memenuhi kehendak sebagai seorang pekerja. Melalui hari-hari yang penuh dengan senyuman, namun hati? Tiada siapa yang ingin membisikkan sesuatu. Arghhh!! Lupakan, itu semua gangguan yang tidak pernah lekang menghantui diri. Serabut dengan pelbagai perkara, aku penuhi masa dengan membaca novel yang kadang-kala membuat aku tersenyum, ketawa dan menangis. Bagaikan tidak percaya, penulis-penulis di Malaysia mampu memberi impak terhadap bacaan. Walaupun novel setebal mana, jika plot penceritaanya menarik perhatian si pembaca maka novel itu tetap dibaca sehingga ke akhirnya topiknya. 
   Memenuhi Disember dengan berjalan ke KL Festival City. Dari situ terdengar lagu Rumor Has It yang digabungkan dengan Someone like you. Best! Setiap hari dengar lagu tu. Akhirnya, copy drama Glee. Best cerita tu, sememangnya aku minat pada cerita seperti tu. Ada muzikal dan tarian. Koregrafi yang sangat menarik. Hope enjoy on december.!. Last on this year 2011! Hope enjoy and next year I'm 24 years old!

No comments:

Post a Comment