Thursday 1 December 2011

~November Pergi~

Hujung November yang happy, bersama anak-anak sedara yang pulang ke kota, menikmati cuti walaupun bersifat sementara. November juga, berakhirnya satu kisah duka. Menerima tomahan dan amarah manusia. Aku sedari itu satu dugaan di dalam kehidupan. Bukan mudah meniti kehidupan, namun selurus jalan yang dilalui, bakal ada bengkang dan bengkoknya. Namun, aku lupakan sejenak kisah duka di bulan November dengan CUTI yang dinikmati.

Mengambil kesempatan sementara student cuti, aku mengambil keputusan untuk bercuti. Walaupun sesingkat pada dasarnya, aku tetap bercuti. Melupakan segala kesibukan pejabat dan menelaah bahan bacaan merupakan agenda yang bermain di minda. Melayan kerenah anak-anak sedara yang pelbagai telatah dapat melupakan sejenak keresahan yang melanda. Berjalan keseorangan, tidak tahu arah dan tujuan membuat aku berfikir sejenak, apa yang ingin aku lakukan dan apa yang akan aku lakukan. HaHaHa... Menghabiskan masa berada di Kinokuniya dengan meilhat pelbagai aksi manusia di dalam perut kedai! Memilih, dipilih dan terpilih, haruk pikuk suasananya walaupun di dalam kedai buku! [not library "Shhh! Silent please"]... Akhirnya, melangkah ke satu tempat yang penuh dengan manusia-manusia, ada yang berpimpinan tangan dan ada juga yang bersuapan [walaupun belum start, dah ada drama free]. Seeking Justice! Itulah yang aku pilih~ Menonton movie sorang-sorang [apa kejadahnyalah~]... Tengok movie alone, layan perasaan, tapi masih fokus pada cerita, why not! cerita best confirm FOCUS! Keluar dari panggung, terus mencari seseorang yang memang sudah berjanji untuk ketemu!
Meneruskan perjalanan ke KL Festival City! Wow! Sangat cantik dan best~

On Tuesday? Biasa dan tidak ada apa yang berlaku, hanya melambakkan meja belajar dan merenung note yang hampir membuatkan aku mual dan loya!! Penatlah.... But, next day! Memang HAVOC! Mid Valley aku datang! Walaupun tak layan movie tu dari awal, aku tetap focus tengok! Sangat best dan xcited nak tunggu Part 2 keluar.!. Thanks kepada sesiapa sahaja yang menghiburkan November saya!

No comments:

Post a Comment