Friday 2 December 2011

[ **Prolog**]

     Angin yang bertiup pada petang itu membuatkan Sofea terasa tenang dan damai. Melupakan sejenak kisah duka kota dengan membawa diri ke sebuah pulau yang cukup indah di matanya. Dia cuba melupakan apa yang terjadi pada dirinya sepanjang minggu lepas. Keadaan yang begitu menakan dirinya membawa dia ke pulau yang cukup sinonim bagi pelancong asing apabila ke Malaysia. Dalam sibuk merenung jauh ke laut, dia disapa seseorang yang tidak dikenali.

  "Hai, seorang sahaja disini?"lelaki itu cuba bersuara.
Sofea berpaling, "Tak delah, ada sepuluh orang kat sini, tak nampak ke?!" entah siapa pulak ni. Ishh, siapa pulak ni, masa-masa kita nak bersendirianlah ada sahaja gangguan, dah macam gangguan bekalan elektrik pulak.
  "Amboi, garangnya. Ok! tak pe, hari ni sombong, mungkin esok lusa awak mesti cari saya juga. Ok, jumpa lagi. Kalau ada apa-apa boleh cari saya. Saya Daniel Zafuan Afifi. Nice to meet you. Daaaa~~" dengan selamba Zafuan berlalu pergi. Ha ha ha.. Bagaikan tidak percaya aku menegur dia! bisik hati Zafuan.  Memang sudah menjadi sifat Zafuan mengusik siapa sahaja yanbg termenung di tepi pantai.

  Sofea masih berada di pantai, mencari damai yang semakin hilang. Ketabahan hidupnya mula goyah apabila semua kekuatannya hilang sekelip mata. Dia mengharapkan kasih sayang dari seorang lelaki yang cukup memberi makna pada dirinya, namun nasi sudah menjadi bubur. Tiada jodoh antara kami itulah selalu yang diungkap oleh sofea. Matahari mula terbenam, Sofea berlalu pergi dan menghabiskan sisa-sisa petang itu dengan penuh tenang. Sofea terus ke bilik untuk membersihkan diri dan solat maghrib. Kata orang-orang di kawasan pulau ini ada sebuah kedai steamboat yang sedap. Niat di hati ingin mencuba. Petang melabuhkan tirainya, usai membersihkan diri Sofea menghadap Yang Maha ESA memohon keampunan dan diberikan kekuatan dan ketabahan. Menitis air matanya tatkala mengigati segala yang terjadi.

   "Zafuan! " teriak Sofea. Bagaikan tidak percaya dan rasa ingin meletup jantung melihat Zafuan bermesraan dengan wanita lain. Dia bagaikan hilang kata-kata. Melihat ke akraban dan manja si gadis bersama Zafuan.
"Sofea, emm .. Sofea .. Saaa ...yaaa.. Saya boleh jelaskan pada awak apa yang berlaku." Zafuan cuba membela diri. Terdetik di hatinya "macam mana Sofea boleh berada di sini?!" Tanpa dapat meneruskan lagi apa yang ingin diperjelaskan,Sofea terus berlalu pergi. Sofea tidak menghiraukan tangisannya. Biar semua pengunjung taman itu dengar tangisan kecawanya. "Kenapa Zafuan sanggup buat aku macam ni, apa salah aku, apa yang aku tidak mampu berikan, mengapa mesti ada orang ke tiga dalam setiap perhubungan". Bertalu-talu soalan yang bermain di minda Sofea.

   
     Sofea tersentak, terdengar ketukan pintu kuat dari luar biliknya. "Sebentar!". Jerit Sofea, dengan pantas dicapai tudung yang tersangkut di kerusi dan pantas ke ruang tamu untuk membuka pintu.

   "Ye! Encik boleh saya bantu.?" Soal Sofea. "Cik Dania Sofea Hj Zamani?" Soal lelaki itu. "Ye! Saya Dania Sofea Hj Zamani. Ada apa Encik, boleh saya bantu?"Soal Sofea sekali lagi. "Begini, di sini ada sekeping memo yang diberikan oleh seseorang,jadi Cik Dania Sofea baca sendiri dan jika ada apa-apa boleh direct line ke service counter kami."Jawab lelaki itu dan terus berlalu pergi. Hanya senyuman yang diberikan.

No comments:

Post a Comment