Friday 8 February 2013

Terima Kasih Ya Allah :)

Assalamulaikum W.B.T :)

Apa khabar hati kita hari ini? Minda? Iman? Perbaikilah diri demi masa depan. Usah malu dan ragu untuk memperbaiki diri. Setelah hampir berminggu-minggu berlalu perkara yang tidak dijangka, akhirnya pekung di dada dirembeskan kepada sesiapa sahaja yang bertanya. Jika pada bulan kita bercerita, kali ini manusia biasa mula memula langkah menjangkau peribadi. 

Melangkahkan kaki di dalam sebuah bilik yang penuh dengan ketenangan dan juga berbekalkan kekuatan ditemani selawat, kaki melangkah dengan senyuman yang hanya biasa dilemparkan. Pada ketika itu, perasaan gemuruh terus menerus menerpa diri. Memohon dari Allah S.W.T dipermudahkan segala urusan saya sebagai manusia. Malam sebelumnya, air mata ini dikeluarkan sehabis mungkin, supaya tiada drama Melayu yang dilakonkan di dalam bilik itu. Biarlah pembaca dari segenap desa mengatakan saya Raja Air Mata, namun itu adalah cara saya meredakan keadaan dan juga melepaskan segala tekanan yang berada di minda. Alangkah selesanya, ada rakan dan taulan mahu menaman ketika itu, namun hanya bertemankan telefon bimbit di tangan dan meluahkan pada sesiapa yang sudi mendengar. Alhamdulilah, masih ada yang sudi menemani dan juga memberi semangat. Setenang angin di luar bilik, begitu juga di dalam bilik. Perlahan-lahan mendayukan perkataan, perlahan menceritakan sinopsis lalu perlahan-lahan menahan titisan air mengalir. Gagah, Gugup becampur baur menjadi satu. Seketika itu, penilaian mula dilakukan, mula dijalankan. Hanya Allah S.W.T yang tahu bagaimana perasaan waktu. Gundah gulana, ibarat menunggu nyawa dicabut. Setiba di penghujungnya, semuanya tersenyum, semuanya sudah menjadi satu cerita pendek yang masih memerlukan epilognya. 

Melangkah kaki keluar dari ruang yang cukup sesak namun tenang itu, hanya ungkapan ALHAMDULILAH syukur kepada Allah. S.W.T, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Allah S.W.T selalu menolong hambanya di dalam kesempitan dan juga kesusahan. Saya percaya, kalian mesti percaya, Allah S.W.T juga percaya akan ada sinar untuk mempebaiki apa sahaja yang salah. Syukur, Syukur dan Syukur yang tidak terhingga sehingga ke hari ini. Semua isi episod di dalam cerita pendek sudah mula diceritkan kepada pengarangnya. Kini, hanya menanti saat dicetak dan dikeluarkan. :) Aku bersyukur dengan apa yang terjadi di dalam cerita pendek itu, kerana aku lebih kenal watak dunia, aku lebih mengenal yang mana intan dan yang mana permata, aku jua lebih faham akan kehendak dan keperluan

Ya Allah, sesungguhnya aku manusia yang lemah yang tidak berdaya namun pertolongan dariMU membuatkan aku terus gagah dan berani untuk terus berada di muka bumi Mu ini. :)

Terima Kasih Allah :) Syukur :)

1 comment:

  1. jika menangis itu boleh meredakan hati, menangislah...jika bercerita itu boleh menenangkan perasaan ceritalah...x kisah lah pada siapa pun kita nk bercerita atau menangis sekurang-kurangnya ia dapat memberi keselesaan pada diri kita. Tapi percayalah kalau kita mengadu padaNYA, ketenangan itu tak dapat digambarkan.....

    ReplyDelete