Wednesday 22 May 2013

3 Tahun - Manis atau Pahit

Assalamualaikum W.B.T :)

Masih bernyawa dan juga memilik nikmat Allah S.W.T untuk terus mencoretkan kata-kata. Sudah 4 hari berlalu dari tarikh 17.05.2013. Tiga tahun yang lalu, 16.05.2010 berkumpul beramai-ramai di Alpha Villa, meraikan kejayaan masing-masing. Shazwan akan ke Universiti Teknologi Petronas (selepas seminggu menyemai kasih di UTP dia dapat tawaran dari JPA untuk buat Jurusan Kedoktoran), Azre ke Kolej Mara Banting, Iffah ke Asasi Universiti Teknologi Mara, Zuhaili ke Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Mardhiah ke Politeknik Sabak Bernam dan beberapa orang lagi, kemungkinan ada Goh, Ilham and Khushairy. Maaf jika ada terlupa nama anda-anda sekalian. Saat perpisahan katanya. Kesian Mak and Babah Shazwan, melayan kerenah kami. Itu semua cerita tiga tahun dahulu. :) Begitulah citrawarnanya ukhwah kami. Kini? Semua sedang mengejar cita-cita, Shazwan sudahpun berbulan-bulan di UKRIDA, Jakarta, Indonesia, Azre? Sudah ke Wake Forest University, United States (betul ke ejaan) , Zuhaili dah sambung Ijazah Sarjana Muda dekat Univeristi Islam Antarabangsa, Goh? beberapa tahun bergraduasilah dia dalam bidang Architecture di UCSI, Iffah tengah berhempas pulas dekat UiTM samalah dengan Aima dan Salbiah, Mardhiah? Norashikin? Siti Nur Farah? semua tengah menunggu masa konvokesyen dan mencari peluang untuk menyambung Ijazah sebab baru habis Diploma di Politeknik. Masing-masing dengan kejayaan dan cita-cita masing-masing. Saya? 

3 Tahun Dalam Kenangan :)

Saya kini sudahpun bergelar Penolong Pegawai Perpustakaan yang berstatus kontrak :) Alhamdulilah, syukur kepada Allah S.W.T yang sentiasa membuka mata dan minda untuk terus tabah dan cekal dalam menjalani kehidupan yang serba pancaroba ini. 11 bulan yang pertama, saya menjejakkan kaki di bumi Univeristi Industri Selangor yang kini dikenali sebagai Univeristi Selangor, memgang jawatan sebagai Pembantu Tadbir Sambilan. Selama 11 bulan itulah hanya menikmati gaji hari RM **.00. Masa itulah rasa kepayahan dan kesusahan sebagai seorang anak dan abang.Selama 11 bulan itu, pelbagai rencah rasa hidup yang dinikmati. Pahit, Manis, Masam, Masin semua menjadi satu adunan yang sebati. Pahit? Apabila dugaan dan cabaran itu datang dengan serentak. Masam? Sukarnya lalui hari-hari yang berliku. Masin? Payahnya hendak memikul segala masalah dan badai yang mendatang. Manis? Apabila sebulan lagi genap berkhidmat di tanah ini, di panggil untuk temuduga beranjak dari sambilan ke kontrak. Alhamdulilah 01.04.2011 surat tawaran sebagai Penolong Pegawai Perpustakaan sudah ada di tangan. Alhamdulilah. Alhamdulilah. Paling bersyukur 01.04.2011 adalah hari Jumaat. Hari teragung, hari terulung. Rezeki yang melimpah itu Allah yang berikan, berkat doa keluarga dan juga rakan-rakan. :) Bermulalah destinasi baru dalam kehidupan. Mula rasa senang sedikit, mula rasa kurang payah sedikit. Namun, Surah Al Rahman (55:13) "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan" - Manusia sering alpa dan juga lalai dalam melaksanakan tanggungjawab. Dilimpahkan dengan pelbagai dugaan dan cabaran, namun kita tidak sedikit menangis kepada Allah, tidak sedikit kita merintih kepadaNYA, kita merintih kepada rakan dan taulan. Sedarilah, Allah sentiasa merindui rintihan kita sebagai manusia dan hamba kepadaNYA. :) Pintu taubat bagi hambaNYA sentiasa terbuka. Carilah jalan pulang, pulang dengan keberkatan. Hujung tahun 2012, kaki ini melangkah berat untuk mengambil tahu Biasiswa yang ditawarkan kepada kakitangan UNISEL, pada mulanya memang dah diketahui jawapan, namun sifat ingin tahu itu membuak-buak. Perasaan? sedikit hampa namun kalau itu bukan rezeki, maka bukanlah. Lantas, kaki hampir melangkah keluar dari pintu Pejabat Sumber Manusia, ditahan seketika oleh salah seorang staf, " Nashriq, signlah surat peyambungan kontrak ni, lepas tu sampaikan surat ni kepada **** dengan **** . Selesai yang salinan hantar ke sini semula" - Surat Penyambungan Kontrak sebagi Penolong Pegawai Perpustakaan selama setahun. " Dalam masa terdekat ni, bersedia sahajalah, HR akan panggil untuk temuduga ke taraf tetap" Allah S.W.T lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA, kerana dia yang merencana segalanya. "Kita hanya mampu merancang, Allah S.W.T yang menentukan" Rezeki itu datang tanpa di duga. Selesai urusan penyambungan kontrak, berkhidmat seperti biasa dari bulan ke bulan sehinggalah pada 01 Mei 2013, dengan tidak sengaja membuka e mail  "Anda dijemput untuk menghadiri temuduga ke taraf tetap pada 08 Mei 2013" Alhamdulilah :) Tersenyum dan berkongsi sedikit cerita kepada yang hampir bersebelahan dengan saya masa itu. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA. Namun, dari beberapa yang ditemuduga satu atau dua sahaja yang akan diterima bagi jawatan yang ditemuduga. Berserah kepada Allah, jika tertulis di sini rezeki ku, maka kaki ini gagah dan terus tabah untuk hadapinya, jika tidak mempersiapkan diri dari segala aspek. Tiga tahun, bukan singkat usianya, namun itu semua telah tertulis dan tercatit bahawa Muhammad Nashriq Ismail, perlu lalui semuanya. Diberi dugaan, agar mendekatkan diri keapdaNYA.

Manis? 
Selama tiga tahun ini, dikongsikan sedikit kemanisan yang ada. Melihat kejayaan orang lain, semestinya, timbul rasa cemburu dan juga rasa ingin berjaya. Diberi peluang oleh majikan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya dalam bidang perpustakaan. Memegang "title" pelajar Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Pengurusan Maklumat ( Pengurusan Maklumat & Perpustakaan) secara flexible learning (E-Pjj) sekarang sudahpun berada di semester 4. Berusaha memperbaiki diri dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti kerja. Pengalaman manis sebagai Pengacara Majlis bagi Pelancaran Sumbangan Buku Karangkraf  ke Perpustakaan Unisel dan juga Pengacara Majlis bagi Majlis Perasmian Hari Terbuka Perpustakaan UNISEL pada tahun 2011. Alhamdulilah, bakat yang Allah berikan dan dipercayai oleh majikan. Seterusnya, apabila dijemput menjadi hakim pertandingan Bahas Terbuka INTEC dan juga Pertandingan Perbahasan Perdana di INTEC. Kerdil rasanya, saya bukanlah berpengalaman, namun diberi mandat dan juga kepercayaan. Di sini mulanya kemanisan ukhwah, mengenali warga Cemara, UiTM dan sehingga kini  kami berutus kabar dalam salam dari Usrah Sampai Syurga. Manisnya lagi kehidupan dalam bekerja, apabila Sekolah Menengah Kebangsaan Jln. Bukit Kajang, memberi kepercayaan kepada saya memberi latihan kepada bakal-bakal Pustakawan Muda di sekolah tersebut, hampir dihadiri berpuluh Pustakawan dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Usaha kita setakat yang mampu. Ya Allah, semuanya rezeki dari MU. Pada tahun Mac 2013, Sekolah Menengah Kebangsaan Zon R1, di mana sekolah lama saya dididik dan diajar untuk menjadi manusia yang berguna juga memberi saya kepercayaan untuk memberi latihan kepada Pustakawan Muda baru dan lama, walaupun tidak sehebat di Sekolah Kajang soalan yang bertubi-tubi, saya masih berusaha memberikan yang terbaik. Kenapa saya katakan semuanya manis, kerna saya tidak pernah rasa nikmat sebegini. Diberi kepercayaan, diberi kebolehan dalam bidang yang saya ceburi. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, apa yang kita miliki kini adalah milik sementara, berusahalah kerana yang membantu kita Allah S.W.T :) 

Pahit?
Segala yang ditelan seperti kopi, namun ranjau yang hadir itu ada hikmahnya. Dari kepahitan ini pelajar satu perkara, yang kita bertepuk tampar itu belum pasti baik di belakang kita. Saya bersyukur memliki keluarga yang terus memberi sokongan dan dorongan, rakan-rakan yang membina semangat, adik-adik yang terus membuat saya tertawa dan tersenyum. Pahitkan? bila buku tidak dibaca sehingga ke dasar epilognya. Biarlah pahit itu disimpan dan hanya dikongsikan dengan siapa yang saya percayai. Namun, sedarlah, makin dewasa seharusnya makin peka dan waras dalam berfikir.

Alhamdulilah, kini menjalani hari-hari yang cukup indah. Berada di dalam Agama yang cukup indah, diberi Keluarga yang memahami, namun badai tetap ada. Diberikan sahabat-sahabat yang sentiasa membimbing dan juga adik-adik yang terus menerus menyayangi saya. Keluarga, terima kasih Mak, Abah. Along, Angah, Alang and Naim :) Mom ( Madame Fadliah Darini) - Sahabat-sahabat yang penat dengan celoteh saya Suhaini, Munirah, Fairus, Jeffri, dan lain-lain. Adik-adik yang jauh di mat Azre, Solihin, Shazwan, Aisar, Aiman, Aizul, Syamsul, Hafizi, Hafiz (Apai), Muhammad, Aman- Adik yang dekat di mata Azrin, Mardhiah, Salbiah, Farah, Zuhaili, Ekin, Goh, Ain dan lain-lain yang setiasa menceriakan keadaan. Semua yang berada di sisi saya, terima kasih :) Semua yang mengenali saya terima kasih :) Terima kasih semuanya. 
Inilah ceritanya. Hanya berkongsi apa yang dirasa. :) Ketahuilah, membaca itu gaya wawasan, membaca itu membuka minda. Jika bukan dengan membaca, dari mana informasi dicerakinkan :)
Salam tautan sayang, Nashriq Ismail :)

No comments:

Post a Comment