Thursday, 23 May 2013

Rindu Dalam Diam

Assalamualaikum W.B.T

Jauh di sudut meja
Termenung melihat awan biru
Terlihat burung terbang bebas di angkasa
Terbang sebebas mengikut haluanya

Di hujung jendela
Terlintas difikiran
Terkenang seketika
Terimbau sejenak
Sebuah kenangan terukir di ruangan minda

Bibir mengukir senyuman
Bibir terketar menahan sebak
Mencapai sebuah nota di hujung meja
Menulis, mencoret mengikut cerita hati
Tangan menulis, hati berdoa
Tangan menulis, tersenyum sendirian
Tangan menulis, hati terusik
Tangan menulis, membisu gugur setitis air mata

Di hujung jendela
Seakan berarak awan ke kiri dan kanan
Seakan melambai mengajak ku terbang
Seakan melukis sebuah kenangan
Seakan mengukir senyuman
Seakan memberitahu rindu itu dalam diam

Nukilan,
Nashriq Ismail
Perpustakaan Unisel,2nd Floor
23.05.2013 - 2.43 pm

No comments:

Post a Comment