Tuesday 14 May 2013

Libur ~

Assalamualaikum W.B.T

Sudah 4 hari berada di Rumah Tiga Tingkat :) ayuh langkahkan kaki ke Bandung.. Selamat tinggal seketika Tg. Duren :) Sob.. Sob.. Sob..


Gerak Gempur Shopping II & III

Setelah dua haru berlalu, Gerak Gempur Shopping I di Tanah Abang, Jakarta selesai, kini kita bergerak ke Bandung. :) Rancangan asal, hanya saya, Shazwan, Mad, Aman, Aida, Odah, Apai and Aina sahaja yang nak pergi. Rancangan berubah bila Radhi dengan Shayuti berbesar hati hendak turut bersama ke kencah membeli belah kali ini. Cerita bermula, apabila semua lewat subuh, subuh dah hampir-hampir hujung waktu, disebabkan malam sebelumnya, semua melepaskan segala tekanan di Karok Box!! Seperti biasalah, Radhi akan ketuk pintu bilik seperti biasa "Subuh, Subuh.. Bangun subuh.. :) " - Bangunlah seorang demi seorang, saya bangkit ambil wuduk terus ke tingkat atas. Usai solat subuh, kejutkan anak-anak teruna yang lain bangun. "Wan, bangkitlah. Janji dengan Aida kul berapa ni? Kang lewat kang.. Bangun.. Bangun" - " Janji dengan diorang 6.30 am" - "Dah tu, bangun solat, terus mandi" - Bangunlah seluruh umat yang tidur tadi. Bersiaplah semuanya dengan pantas. Ada tiga bilik air, digunakan semuanya oleh mereka yang lewat ini. Macam biasa, saya sudah siap untuk meneruskan gerak gempur yang seterusnya. " Abg Nash, jomlah kita gerak dulu, boleh g makan bubur ayam dekat depan. :)" - Hanya dengan berseluar track dan t-shirt biasa, bertemankan shawl Fairus bagi pinjam, ikut sahaja langkah anak kecil dalam hati " Hari terakhir kita sahabat, semoga bergembira sepenuhnya :) " Jomlah, kita gerak dulu. Takut budak perempuan tu dah tunggu" - " Korang, Aku gerak dulu dengan Abg Nash" - Tak pasti ada yang menyahut ke tak. Berjalanlah kami berdua, tersenyum, ketawa! Haha.. Terus ke kedai bubur ayam di tepi jalan dan seterusnya? Datanglah tiga gadis sunti dengan lenggang dan lenggoknya. :) "Lambat!" - Itu je ayat yang ingat. Haha.. " Odah ini Abg Nash, Abg Nash ni Odah, Aina ni Abg Nash, Abg Nash ni Aina, Aida ni Abg Nash, Abg Nash ni Aida" - Untuk Aina dengan Odah takda masalah untuk diperkenalkan, tapi bila part Aida!? Macam kelakar sangat! " Aah! Wan, ni Abg Nash.. Haha" Datanglah berduyun-duyun Awang Senandung bersama rakan-rakannya (Mad, Aman, Shayuti, Apai dan Radhi) ... Habiskan bubur ayam dengan kek yang Aida buat kami pun bergegas dapatkan teksi untuk ke tempat untuk naik bas tak berapa nak ekspress dekat are Jakarta. Jalan punyalah macet~ Aman dengan Apai sampai tertidur-tidur dalam teksi.

Sampai je dekat are stesen bas tu, cucilah mata, bas mana yang boleh kami naik. Kami semua bersepuluh, 3 perempuan dan selebihnya lelaki. Dapatlah bas yang dikehendaki dan menepati citarasa walaupun jauh dari imiginasi awal. Mad duduk dengan Apai, Saya dengan Shazwan, Aina dengan Odah .. Menjeling-menjeling ku bertentang! Aida duduk sorang, Aman duduk sorang! Tiba-tiba ada Mas Ganteng Budiman Sriwijawa ni naik nak duduk sebelah Aida, terus Aida lari duduk sebelah Aman! Sopan je Aida! Grand bangat! Haha.. Sementara menunggu bas jalan dan sebelum Aida melompat sebelah Aman, kami kerjakan sarapan Aman dengan Mad.. Haha.. Bergilir-gilir mee hoon sup tu dalam bas sehinggalah habis. Kesian depa lapar! Setelah bergelak ketawa, penat mengenakan orang, snap gambar sana sini, akhirnya semua tumbang dalam bas kecuali budak kecil seorang ni! Hai Mad, tak tidur ambil gambar orang tidur ye. :)
Perjalanan yang hampir 3 jam setengah tu, hanya dipenuhi dengan tidur, terjaga, tidur balik. Simpan tenaga katanya, nak shopping sekejap lagi. Sampailah di satu tempat, rupanya tol! Haha.. Tol lah kot, kalah Tol Sg. Besi ye, berapa lama sangkut dekat situ. Adehh~ Perut dah lapar, kek hasil air tangan Aida dah habis, kudap-kudap pulak tak beli. Tahan je lapar tu dan kruk~kruk~kruk perut berbunyi. Haha.. Yeeahhh~ Dah sampai Bandung! Sejuk sikit dari Jakarta.. Hehe.. :) Urusan pertama adalah kedai makan, dan dalam masa yang sama dah pun masuk waktu Zohor. :) Selesai sahaja makan dekat kedai yang berdekatan, kami terus menunaikan solat zohor. Sementara tunggu yang lain selesai sempatlah snap beberapa gambar di surau yang berdekatan. :) Angin bandung, sejuk cuma keadaan macet tulah yang tak tahan. Meneruskan gerak gempur, kami naik van ke Pasar Baru, kalau tak macet lebih kurang dalam 20 minit sampailah agaknya. Sampai sahaja di sana, kami berpecah kepada tiga kumpulan dan mencari barang masing-masing. Pada mulanya, tidaklah terlalu tertekan untuk mencari barang, lama kelamaan, menjadi satu tekanan sebab terlalu memilih barang dan mengejar masa. Pada masa yang masa yang sama, dah rasa bersalah dekat Aman, Wan, Aida, Mad, Aina, Radhi, Odah, Apai and Shayuti kerana kena tunggu dua jam untuk selesaikan segala benda yang dicari. Thanks guys sebab bersabar dan melayan kerenah orang tua ni. Hee... Thank Mad and Shayuti yang tunggu sampai habis sesi membeli belah. :) Kesian tengok depa, sorry sangat-sangat ye adik-adik. Hehe.. Masa tu saya banyak mendiamkan diri, entahlah.. Hanya mampu mendiamkan diri untuk kembalikan mood yang agak swing ke sana sini. Maafkan saya! Apabila dah sampai dekat Dago, barulah rasa cool sedikit. Rasa bersalah tetap ada masa tu.
Dago! Factory Outlet! Serius barang branded yang murah. Serius mata jadi rambang dengan semua benda yang ada nak dibeli. Tapi sebelum meneruskan Gerak Gempur Shopping III, kami selesaikan yang wajib dulu. Selesai Maghrib, kami menerjah kedai pertama. Kawasan factory outlet dekat Dago ni berbukit jadi bersenam sambil membeli belah. Havoc! Dengan si Jemah (Aida) asyik panggil saya AA (Azwan Ali).. Hahaha.. Sementara menunggu Radhi dengan Shayuti memilih barang, Mad dengan Aman tengah Solat, Saya, Aida, Wan, Aina borak-borak kosong. Apai dengan Odah dah macam Love Couple Of The Day! HaHaha.. Odah! Apai! Joke je tau~ Disebabkan kedai tu tiada benda yang menarik, bergeraklah ke kedai lain.Dalam erti kata lain, bila dah bergerak ke kedai lain, mata pun tertumpu pada kedai makan! Lapar! "Wan! Abg Nash laparlah.!" - " Jap-jap, tunggu diorang jap, jap lagi kita g makan. Kita tengok kedai roti tu ada yang menarik tak.? Buat lapik perut" - "Tak payahlah membazir, kejap lagi nak makan lagi" - Shazwan? tetap pergi jugak dekat kedai tu, at last takda yang menarik kami patah balik ke kedai yang sedang dituju. Akhirnya, sebulat suara, semua keluar dari kedai tu, tinggalkan Radhi and Shayuti. :) Anak berdua tu sambung shopping. Yeehhaaa~ Kedai makan yang kami makan tahun lepas! Sol " euuww, jangan mencemar duli boleh" Haha.. Kedai bakso pak cik ni sedap, sampai dua mangkuk saya bedal, dan sepinggan nasi! Haha.. Sodap~ Sehingga keciritan! Cirit bukan sebab bakso tapi? sebab cili yang pedas gila tu. Aishh.. Takdalah cirit masa shopping, tapi selepas shopping. Meneruskan journey ke kedai-kedai lain. Actually, saya berminat dengan satu kedai ni, since last year dah pernah pergi sebab cardigan lawa-lawa dan menarik perhatian. Macam biasalah, shopping beramai-ramai tapi part pilih barang saya alone je..Bawa jelah hati tu.. Ceewaaah! Carikan jersey adik! T shirt untuk seseorang and dua cardigan saya beli. Satu biru + kelabu and other one ! Haha saya peminat warga coklat! Semestinya warna coklat. Beli barang-barang tu tak sampai Rp. 400,000.00. So teruskan perjalan dan berpecah dua dah kami. Saya, Aman, Wan, Apai dan Mad satu kumpulan. Aida, Aina dengan Odah satu group. Shayuti dengan Radhi satu group. Kumpulan kami dah masuk dua tiga kedai, last kedai yang diterjah kedai Arthopology! Haha.. Serius baju cantik-cantik dan saya beli sepasang seluar yang berharga Rp. 235,000.00 sama dengan RM 72.00. Kalau di Malaysia seluar macam tu dah mencecah RM100 -150. Nice colour and sedap digunakan. Aman, Mad and Wan beli baju yang sama warna berbeza! Jelous! Sebab takda size! Kena kuruskan badan ye! Saya adalah customer terakhir yang bayar dan customer akhir yang keluar. Hahaha.. Kalau ke Dago, tak sah kalau tak merasa ke semua kedai! :) Cerita belum berakhir, Al Kisah! Kenalah cari hotel! Haha.. Disebabkan malam makin larut, shuttle dah penuh, train dah tutup dan besar kemungkinan takda ticket, kenalah tidur di Bandung. Berjalanlah keliling Dago mencari tempat berteduh. Hotel yang pertama " Mas, masih ada kamar kosong?" - "Maaf ya Mas, kamarnya udah penuh semuanya." - Ngak apa-apa, makasih ya mas" - Berlalulah Saya, Wan, dan Odah. Percubaan pertama gagal :) Berjalanlah kami beramai-ramai untuk mencari tempat berteduh. :) Seterusnya ke Hotel yang ada di Dago. Percubaan ke dua "Mas, masih ada kamar kosong?" -  "Masih ada yang kosong, kamar yang ini harganya berapa?" - " Yang ini Rp. 300,000 (lebih kurang)" - Saya pandang Odah, Odah pandang Saya.. Sama-sama tersenyum pandang Wan. Hahaha.. Mahal sangat tu! Haha.. Percubaan ke dua gagal. Meneruskan perjalanan dengan keadaan masing-masing yang letih cuma belum nk terjelopok ke tanah je. Haha.. Dalam masa yang sama, Aina! " Laparlah!" Haha.. Samalah dengan saya yang mempunyai naluri lapar. ASkhirnya, Wan berjaya dapatkan hotel yang berdekatan dengan Stasiun Bandung. So, dengan pantas berjalan ke tepi jalan, cari angkot. Naiklah angkot dan bergelak ketawa dalam angkot tu. Macam-mcam topik dibincangkan.. First time kenal Aina and Odah~ Tak menghampakan, mereka sangat kelakar jugak. :) Hahaha.. Makan masa lebih kurang 20 - 30 minit untuk sampai ke kawasan yang di tuju. Alhamdulilah, ada tempat berteduh untuk malam ni. Ada dua tempat yang kami tanya, salah satu tu, macam dorm tapi berkongsi dengan orang lain. Reject! Sebab kami ni mulut tak reti diam. Haha. Kang ada pulak kena campak ke luar. So, bergerak ke hotel yang dituju. Shazwan, Aida, Aina and Odah! Sesi berbual dan mendapatkan hotel. Yeehaaa~ Udah selesai rupanya. Tak perasan pulak Wan, hantar SMS, yang telah berjaya mendapatkan bilik. Bilik 208 dan 209. Kami lelaki bertujuh disumbat secara berperingkat dalam keadaan yang tenang dan juga aman di bilik 209. Taknak kantoi, naiklah berdua-dua.. Memandangkan Aman dan Wan, dah ada dekat atas, kemudian Wan turun jemput kami seperti Hulu balang yang hilang arah dan mencari Raja! Haha.. Naiklah hulu balang secara berdua-dua. Dimulakan dengan Radhi dan Apai diikuti Apai dan Mad seterusnya Saya dan Wan! Selesai urusan memenuhkan ruang hotel yang agak indah itu. Haha, Alhamdulilah, ada tempat berteduh. Bergilir-gilirlah masuk ke bilik air yang seksi dan seksa tu. Oang pertama tumbang dari perjuangan Aman! diikuti Radhi dan Shayuti, Apai? Layan final destination? Saya dah bersiap bersama shawl nak keluar bersiar-siar di waktu malam kala bulan mengambang. Haha.. Mad, sambil duduk di birai hotel membaca  Al Quraan kami tarik jua bersama keluar berjalan-jalan. Betapa gagah kami bertiga walaupun dah penat bergerak gempur selama satu hari. Menikmati ais krim di kala malam sejuk bersama roti dan juga fresh orange, lalu dipesan nasi goreng dinikmati bertiga. Haha.. Hamboiii! Kerrrlassss Jah! Makan tengah malam. Haha.. Dah puas berbual, dampai Mad pun dah terlentok macam Bujang Senang, kami pun naik ke Hotel! Kerrlasss Jenab! Dahlah duduk dekat Bandung, sejuk +++ dengan Air Cond! Berselubung hamba-hamba Allah. Saya hanya menggunakan shawl yang nipis. Jadilah nak, dari takda. Akhirnya, percutian hampir ke penghujungnya.. Pulang ke Jakarta dengan keretapi tanah Indonesia, dari Stasiun Bandung ke Stasiun Gambir, Jakarta. Menikmati panorama indah, semuanya ciptaan Allah S.W.T. Bersyukurlah atas nikmat dan pemberianya. :) Maka, belum tamat kisah kita, akan ada bingkisan seterusnya :)

p/s : Buat Aida, Odah, Aina, Aman, Mad, Wan, Apai, Radhi and Shayuti.. Terima kasih kerana melayan kerenah saya semasa di Pasar Baru dan juga Dago. Terima kasih kerana bergembira bersama dan juga menceriakan cuti-cuti Malaysia saya. Walaupun seketika, kegembiraan dan gurauan penuh disetiap jalan. Terima kasih Allah kerana pertemukan saya dengan mereka.

Bakal Menyusul Air Mata Terminal II :)

To be continue "Don't Worry dah nak Ending dah"

No comments:

Post a Comment