Friday 10 May 2013

Cerita Rumah Tiga Tingkat II

Assalamualaikum W.B.T

Hi semua, cerita kita bersambung lagi. :) Dalam tak sedar dah hampir seminggu saya balik bercuti dari Jakarta. :) Awesome memory.  Sekarang agak sibuk dengan "kerja-kerja sekolah" yang ditinggalkan dan juga keadaan pejabat yang bersepah. Semoga kita terus Sabar. Istiqamah. Ikhlas dan Mujahadah (perkataan ini dari Angel Pakai Gucci Blog) dalam apa jua kita lakukan. Mari bersama saya melayari cerita-cerita kelakar sepanjang berada di Jakarta. :)

3rd Day, Jakarta - Gerak Gempur Membeli Belah I.

Matahari yang terbit membuatkan saya terjaga! Cewah! Sebenarnya, subuh lagi dah bangun. Pagi tu, saya tak buat sarapan. Seperti biasa, UKRIDARIAN ni akan havoc bila nak pergi exam. Shazwan dah siap, dia bawa saya ke gerai tepi jalan yang menjual bubur ayam, memandangkan tak dapat makan semalam mencuba nasib di hari seterusnya. :) Merasalah bubur ayam, Shazwan and the geng pergi exam saya tinggallah sendirian di rumah. Dijadikan cerita, rumah sebesar tiga tingkat itu, tinggal pula bersendirian, maka dengan ini saya kunci segala jenis pintu yang ada termasuklah pintu yang berada di rooftop. Takut punya pasal, bubur tadi pun saya bawak masuk bilik dan makan dalam bilik serta bilik itu berkunci ye teman-teman. Duduklah dalam bilik tu, siap sarapan kemas-kemas sikit bilik tu and ?? apa lagi tidurlah. Passport kena sorokkan. Kalau ikut rancangan mereka, hari ini nak ke Tanah Abang, tunggu jelah depa balik. Tidur, nikmat yang sangat tidak terkata, sedikit bising mahupun gangguan ada. Haha.. Sepanjang cuti kali ini, banyak tidur, mungkin terlalu letih dengan "kerja-kerja sekolah" yang banyak diberikan oleh pensyarah. :) " Abg Nash, Mad kat bwh.. bukak pintu.. Hee" - Nasib baik perasan SMS Mad, kalau tak pecah pintu rumah tu pun saya tak sedar. Bukak pintu berdesup mamat naik ke atas, saya sambung baring atas tilam. Haha.. "Awat hang Mad?" - " Biasalah, nak berry (guna bahasa elok sikit)" - Tiba-tiba Wan balik, "Dah mandi belum?" - "Belum! baru bangun tidur" - "Laaahhh! Pergi mandi kata nak pergi Tanah Abang.. Cepat, kita kena balik sebelum Maghrib, paling tidak pun Asar sebab esok ada Final Exam Block!" - Dengan malasnya, bangun mandi dan bersiap. Hehe.. :) Kurang ingat lepas Zhor atau sebelum Zohor bertolak. So, berjalanlah ke Tanah Abang bersama Mad Aman dengan Wan. Naik bas ala-ala Bas Mini bayaran Rp. 2000 dari Tg. Duren ke Tanah Abang. Bila sampai dekat area yang berdekatan dengan Tanah Abang tu, jalan punyalah sesak dan menyebabkan bas tak masuk terus ke sana. Berhenti di persimpangan jalan dan menapaklah ke Tanah Abang, takdalah jauh mana, tapi penatlah jugak. Mata jadi tak tentu arah tengok banyak sangat baju lawa-lawa, nafsu kena kuat beb! Kami berpecah dua, saya dengan Aman. Wan dengan Mad. Masing-masing cari barang masing-masing, nak jimat masa. Saya dengan Aman berputar-putar mencari kedai baju Koko yang saya mahukan. Akhirnya, dah macam nak tercabut kaki barulah jumpa. Hehe.. Senang urus niaga dengan mereka, mudah untuk nego harga. " Motif yang baru harganya 95,000 rupiah, motif lama 85,000" - "Iya, Motif baru cantik-cantik bangat.. Mas, baju koko untuk anak kecil ada ngak? kitar umurnya 2 tahun?" - " Ada, mau lihat? - " Bisa aja." - Sebelum beli baju koko tu, sempatlah beli barang hantaran untuk alang. Sejadah dan Telekung. Alhamdulilahh, mak berpuas hati dengan pilihan. Hehe.. Selesai urus niaga di kedai baju koko itu, cari semula kedai mula-mula saya cuci mata. Hehe.. Atas sebab Kak Ida, berminat dengan satu design yang ada dekat kedai tu. Putar sana, Putar sini akhirnya jumpa. *Boleh bayangkan satu floor tu macam mana lebar kawasannya* - Berurus niagalah bersama tukang kedai, cuba mintak tawar tapi tak berjaya. Apakan daya, kita takda kuasa kimia, asid dan so on. Hahaha.. Selesai Gerak Gempur I - Almost Sejuta Rupiah habis dekat Tanah Abang. Kami singgah sebentar dekat Central Park untul lunch dan saya nak shopping barang masak dekat Carefour.! Yeehaaa~ Disebabkan malam ini, depa nak study besar-besaran, bolehlah masak. Kami bertiga makan, memandangkan Aman puasa sunat dia just take time untuk baca note dan juga mengaji :).. Sementara tunggu makanan sampai saya dengan Shazwan pergi ke Carefour untuk mencari barang. Plan nak masak spegatthi atau Macroni goreng, namun tidak kesampaian akhirnya menu baru dikesan Futtuccine Goreng. Belilah barang-barang dan kembali ke Solaria, kedai makan kami tadi. Usai makan, saya terus ke money changer untuk tukar duit yang masih belum ditukarkan sebelum ke Bandung. :) Sampai rumah azan Maghrib pun berkumandang, letak barang-barang siap ke Masjid. Selesai urusan dekat Masjid, terus balik ke rumah mempersiapkan diri dan seterusnya mengambil mood dapur. Lepas Isyak baru nak start masak. Shazwan, Mad bercanda berdua. Radhi dalam bilik sendiri. Sulaiman dalam bilik sendiri, Apai dekat level atas bersama Shayuti dengan Aiman, Marzuqi dekat bawah layan movie~ Aman???
"Ekh! mana Aman? Korang tak cari Aman ke?" - " Aman ada kat atas kot" - "Taklah, tadi masa balik dari Masjid, selipar dia ada lagi dekat Masjid." - " Jomlah, pergi cari dia.. Mana tau apa-apa jadi nanti" - Bergeraklah kami bertiga ke Masjid (cerita telah diringkaskan) Sampai dekat Masjid, best dia tidur dekat situ. Hamboiii, kita dekat rumah dok putar alam fikir dia dekat mana. Nasib baik selipar sebagai hint. Bawaklah anak kecil itu balik ke rumah, dia sambung study dekat level atas. Masing-masing study sendiri. Saya pun turunlah bawah masak, carilah itu ini dekat dapur. Haha.. Hanya menggunakan wechat sahaja untuk bertanyakan barang. Diringkaskan cerita, bila dah buat kerja sorang-sorang mulalah bosan, mengacaulah depa yang ada dekat atas, dipanggil sorang-sorang untuk turun ke bawah. Mad dengan Wan, tolong potong sosej dan dan bawang. Haha.. Dah dekat nak siap, turunlah Apai membantu untuk kacau Futtuccine tu.. Hehe.. Bila jerit " Korang dah siap masak, turunlah makan" - Berdesup-desup laju turun. Haha.. Betapa gagah hendak exam, selesai makan terus berkumpul kt bilik Wan, sambung study ramai-ramai. Dekat jam 2.00 pagi barulah tidur. Seronok pulak tengok study ramai-ramai macam tu. Apa lagi waktu untuk ZZzzZZzzzzZZ!

4th Day - Jalan-Jalan sekitar Bandar.

Hari ini Jumaat! Serius buat kali ke dua kena tinggal seorang diri di rumah. Kali ini saya tak kunci semua pintu, saya duduk di tingkat bawah, bukak TV masak Futtuccine Sup ... Siap kemas bilik dekat atas, susun tempat tidur dengan buku yang agak bersepah, saya turun semula ke bawah untuk siapkan bahan masak. Sebelum berlaku perkara di atas, kelakar pulak duduk depan pintu tengok budak-budak ni pakai kasut dan lambai depa g exam, dah macam bapak melihat anak-anak. Haha.. "Practice" - Haha .. Makan masa 1 jam jugak nak memasak, sebab masuk supkan. Siap masak, terus text Mad, " Dh balik ke?" - "Abg nash .. Ktrg ada meeting.. Hee.." -  Dijadikan cerita Mad kata depa ada kunci, biarkan pintu utama kunci naik atas mandi dan terlelap sekejap dekat atas tilam. Dengar bunyi bising sikit dekat bawah, tapi mata berat lagi nak bukak, " Bang, Bang bangun.. Dah lambat nak g solat jumaat" - Si Radhi rupanya, " Ekh! Yang lain mana? Tak balik lagi? Depa solat dekat mana?" -  "Ohh~ diorang ada meeting, maybe lewat sikit. Maybe diorang solat dekat Masjid dekat-dekat dengan kampus." - "Ohh.. Jomlah Radhi" ... Pergilah Masjid dengan Radhi and Shayuti. Teringat kata-kata " Nanti hari Jumaat, kita bawak Abg Nash solat jumaat dekat Masjid *** (tak ingat masjid apa) " Tapi takpe sebab depa ada exam lagi pun sibuk dengan urusan MAFES. Selesai solat jumaat,  " Abg Nash, Wan nak bawak Abg Nash keluar. Takkan Abg Nash duduk rumah je. Jom kita g mana-mana" -  "Tapi bukan Wan ada meeting ke?" - "Metting jam 3.00 sekarang baru dekat jam 1.00" - Sementara tu makanlah juadah tengahari Futtuccine Sup, sambil tu borak dengan Radhi " Radhi, jap lagi Wan nak bawak Abg Nash keluar, ikut?" - " Ohh, Yeke.. Kitaorang pun nak keluar jugak, kalau macam tu keluar sekali jelah. Wan nk g mana? " - " Entahlah Radhi, Abg Nash ikut je mana depa bawak." -  Dengan pantas semua makan dan terus semua bersiap.. Time to ronda-ronda.. Hehe.. Pergi Citra Land, mall yang ada dekat-dekat dengan rumah depa. Dekat Citra Land, kitaorang pergi makan D'Cost. Sangat sedap dan menyelerakan. Depa dok order nasi putih lauk Ikan apa tah buat tiga rasa dan Ikan *** bakar. Perghhh.. Sayur kangkung dia sangat sedap. Hehe.. Yang keluar petang tu, Aman, Mad, Wan, Apai, Radhi, Shayuti, Sulaiman dengan Aiman. Kononnya, saya yang nak g beli barang tapi sebenarnya Wan nak belikan bantal DOMO untuk Aman, birthday Aman bulan lepas! Okay! Saya belikan Aman kain pelekat je. Siap semua makan, kami pun berpecah dua kumpulan, Apai, Aman, Mad, Wan terus ke meeting tapi Apai bukan nak ke meeting tapi balik rumah. Tiga mamat serangkai tu je g meeting. Saya, Radhi Sulaiman, Aiman and Shayuti berjalanlah dalam Mall tu dan sehingga excited gila terjumpa kedai buku Granmedia.!! Wajib masuk, jadi yang lain-lain ni ikutlah masuk. Punyalah pusing alam, mencari barang yang boleh dibeli. Hampir habis Rp. 100,000.00 beli dua buah novel dalam bahasa Indonesia, tapi sayang masa balik ke Malaysia tak apat nak bawak balik sebab bag dah tak muat. :) Berjalanlah kami berlima dan akhirnya buat keputusan nak balik, sebelum balik singgah dulu dekat JCo. Sedap jugak donutnya, saya semestinya pilih yang coklat! Hehe.. Balik ke Tg. Duren kami menggunakan perkhidmatan angkot. Seronok jugak walaupun baru kenal mereka ini.. Boleh bawak ketawa, bergurau senda, berborak dan juga bercerita. Sampai rumah terus naik atas dan masuk ke bilik, ingatkan depa dah balik... Rupanya, tak balik lagi.. Baringlah sekejap, dalam erti kata nak baring terus terlelap sehinggalah ada seorang budak kecil berdiri depan saya! Ohh! Mad rupanya, tiba-tiba dengar lagi dua suara! Hey! Tak rasa bersalah ke, lambat balik! *kata dalam hati* tiba-tiba sensitif petang tu. The best solution diam je.. " Aman! Hehe.. Ini untuk kau" then havoclah bilik tu dengan ketawa.. Bangkit, ambil wuduk terus g Masjid. Salah satu cara back to positive and jangan fikir sangat apa yang masuk ke dalam otak. Maghrib dan terus balik ke rumah, capai towel mandi and bersiap-siap untuk Isyak. Tepat jam 8.00 semua pergi Ushrah dan tinggallah saya dengan Mad sahaja. Mood kembali natural! Wan, suruh tolong Mad cari shuttle untuk ke Bandung esok. So, tolonglah Mad, tengah sibuk-sibuk cari shuttle dan shuttle pun banyak penuh, " Mad! Laparlah, jom g makan?" - " Jom..Jom.." - Dah tinggal berdua, apa lagi berdesup jelah siap dan terus Mad bawak g makan dekat area kedai tepi jalan. Makan Nasgo Kambing! Ayooo~ Tukang masak dia lelaki lagi. Pergghhhh... Sedap bangat! Kok mau ditambah lagi rasanya. Hee.. Dah pekena Nasgo Kambing, pekena pulak Es Duren, sodap bebenor.. Tapi perut pack dah masa tu, suruh Mad yang habiskan. Selesai makan! Apa lagi balik umah. Perancangan sebelah malam! Wan dah order satu bilik karok! So masa melepaskan tension. Balik je dari program depa, saya dengan Mad dah standby. Bersiap dan kami terus ke Citra land. Hahahahahaha.. Hanya mampu ketawa! Lagu pertama, Gerimis Mengundang! Cisdale~ Dan seterusnya tak ingat dah berapa lagu sehinggalah jam menunjukkan 1.00 pagi, barulah terkedek-kedak balik. Sampai rumah, semua terbongkang! Esok nak kena bangun awal, nak ke Bandung pula. Hehe..

Sudah masuk hari ke-empat, sedikit pun tidak rasa bosan, terlupa sejenak kesibukkan Kuala Lumpur, benak, senak kerja di pejabat. Sehingga hari saya menulis cerita dan pengalaman saya bercuti, saya tidak mampu melihat jam. Betapa sayu dan saya akan terkenang apa yang saya lakukan bersama meraka. Kurniaan hati yang rapuh dan mudah tersentuh. Terima Kasih Shazwan, Muhammad, Aman, Hafiz (Apai), Aiman, Shayuti, Sulaiman, Radhi.. Kenangan terindah 2013.

Aman : Pakai kain tu ingat Abg Nash ye! Hahaha  *ttbe*

To Be Continue : Bandung !

2 comments: