Wednesday 15 May 2013

Dia ... Shazwan Sazali

Assalamualaikum W.B.T :)

Dia,
Tak kenal maka tak cinta
Udah kenal akrab hubunganya
Tak kenal maka tak cinta
Udah kenal senang berkongsi cerita

Dia,
Lantang bersuara, ligat mencari idea
Pantang berundur sebelum mencuba
Diam tatkala hati dijentik, tatkala hati terusik
Lantas diam menjadi tanda dan tanya

Dia,
Bakal pemimpin negara
Bakal Khalifah kita
Bakal Doktor kita
Memperbaharui cerita meniti jalan penuh pancaroba

Dia,
Tersenyum dihujung meja
Terjerit saat ketika gembira
Senyum tanda gembira
Senyum tanda ceria

Dia,
Lahir di hari pekerja
Lahir di bumi Malaysia
Lahir sebagai pemimpin negara
Lahir sebagai penggiat seni nusantara

Dia,
Sahabat yang sejati
Teman yang memahami
Sahabat yang prihatin
Teman yang tiada pengganti

Dia,
Ukhwah tiada penghujung
Ukhwah tanpa halangan
Ukhwah tanpa dusta
Ukhwah hingga ke hujung nyawa

Dia,
Sahabat, Dia teman, Dialah Rakan
Dialah taulan, Dialah saudara, Dialah peneman
Dialah penglipur lara, Dialah suka, dan juga peneman duka
Dia ... Shazwan Sazali :)


Nukilan,
Nashriq Ismail
Area Auditorium
Fakultas Kedoktoran UKRIDA
1/05/2013 - 2.16 PM 

"Nukilan sempena Birthday Wan :).. Thanks FK UKRIDA, mencurah2 idea"

No comments:

Post a Comment