Friday 14 September 2012

Ramadhan III : Destinasi Terakhir

Gambar di Tangkuban Perahu (bekas gunung berapi)

Assalamualaikum W.B.T


Seperti yang dijangka percutian 7 hari 6 malam ini hampir ke episod akhirnya. Pelbagai lakaran indah, suka dan duka telah diwarnai dan didekorasikan oleh kami.






Episod 6 - Jalinan Mesra Antara Kita

Perjalanan dari Bandung ke Jakarta malam itu, hanya dihiasi dengan jalan-jalan gelap. Hanya beberapa tempat yang dapat dilihat dengan limpahan lampu neon. Terfikir?begitu awal orang-orang di sini melabuhkan tirai malam. Dalam gerabak, kami masih kekalkan kedudukan yang sama. Shazwan dengan Muhammad, Aizul dengan Aku dan Aman bersama Solihin. Tertanya-tanya sebenarnya, kenap Sol memencilkan diri. Diam dan tidak seperti biasa. Namun, bukan masa untuk bertanya. Sedang asyik aku mencoretkan kenangan indah di dalam buku coretan, datang ala-ala pramugari dan pramugara memberi menu makanan. Kami menolak memandangkan uangnya udah tidak cukup. Sibuk melayan Aizul tengok gambar, Aman dengan Sol membaca Tafsir, Wan dengan Mad bercanda tawa, aku terlihat satu bintang, terang di langit. Dari situlah munculnya tajuk "Kerdip Bintang". Perjalanan yang agak lama, malam pulak tu, sesungguhnya akan bosan bukan? "Lapar tak? Wan! - " Lapar-lapar pun kena tahan, duit dah takda" Me! - "Jom lepak cafe train?" - Wan! "Emm... Boleh jugak, korang g dulu" - Me! Wan dengan Mad pergi survey dulu cafe yang ada dalam train ni. - end conversation. Aku, Mad, Wan, Aman dan Aizul lepak dekat cafe, Sol tak nak ikut, dia nak habiskan pembacaan dia (ada benda yang Sol selindungkan). Jadi kami berlima duduklah di cafe, Mad dengan Wan order makanan, aku tukang rasa dan habiskan. Lepas habis makan, aku tengok Wan dengan Mad berbisik, apalah yang diorang bisikkan. Sambil makan Wan ada baca ceita yang aku coretkan dalam buku coretan tu, tapi cerita tu tergantung dan aku tidak selesaikannya. Tiba-tiba.... TARAAAA~ "Jom! Main TRUE and DARE! " Wan! - "Emm.. Tak naklah, takda benda lain ke nak main?" Me! Mad dengan Aman? Emm.. Setuju je depa tu, datanglah Aizul, makan-makan dia pun join main. Oklah, disebabkan semua main permainan itu, aku pun join the club. Permianan pun bermula, Muhammad mula putar dulu (dia putar pakai lips bum dia!! HAHA). So terkena dekat Wan, "Soalanya! (sambil tersengeh dan tersenyum), Wan! Siapa CDD kau?" Mad! - TERKEDU NOK!! Hambiikkkk, tak tau nak jawab apa. " Dah namapun CDD kan. HAHAHA" Wan! - end coversation. Payah kalau nak cerita semua, mahu pajang blog ni sampai ke sudah. Putar punya putar, main punya main sampailah terkeluar bermacam perkara dan luahan perasaan "Aizul bukan tak suka Abg Nash, Abg Nash ok! cuma HAHA! Ishh~ dia ni tak reti nak diam ke?. Bisinglah, nak tidur pun susah. Masa hotel kat Jakartalah.. Tu je benda lain Aizul senang dengan Abg Nash." - Aizul. HAHA. Selagi train tak berhenti, selagi tulah kami bermain permainan tu. Sehinggalah, Shazwan putar alat serbaguna itu dan tersasar pada aku. HAHA~ "True or Dare?" Wan!- "Emm.. HAHA~ True. Tak berani nak ambik Dare!!" Me! - " HAHA.. Ok, Apa 1st Impression Abg Nash terhadap Aman, Aizul Mad, Wan tak payahlahkan dan Ada tak Abg Nash kecil hati apa-apa dengan kitaorang? Wan! - Amboi Shazwan, nak korek rahsia pun agak-agaklahkan. (saja nak bold and italic soalan Shazwan tu). "Payahnya nak jawab soalan Wan ni. HAHA!

First impression tentang :-

Aizul, HAHA! Dia ni? Hmm.. Aku kenal tengah jalan, masa tu aku singgah cemara sebab penat. Baru balik ambik gambar orang kahwin dekat Klang. So, singgahlah kejap dekat Cemara. Cemara tu dah macam rumah ke 5,6,7,8 aku dah. Aizul, Peramahlah, dia sangat tak berkira dan berkawan selagi boleh. Panas baran bagi control sikit noh! Rasanya masa True or Dare tu je kot aku cakap. Tak berapa nak ingat dah, dah sebulan berlalu.






Muhammad, nampak macam penyabarkan, tapi dalam diam. HAHA~ Dia? Sometimes kelakar jugak. Banyak belajar benda dari dia. Lagi-lagi tentang agama. Mula-mula jumpa masa dekat cendana, masa tu Wan ajak teman dia pergi hantar barang-barang dia dekat hostel. Masa tu baru nak masuk sem 2. Kebetulan mamat ni dia lalu Wan pun perkenalkan. "Inilah Mad Top!" HAHA. Dalam hati aku nak ketawa melekek-lekek dah! (sorry mad). Kenapa nama dia Mad Top, sebab dia jual topap! HAHA! Jangan tak percaya berniaga world wide ok! Masa dekat Indon, agen topap kami. Bersikap positif.




Aman, HAHA! Cuba tengok baju dia pakai? Aku pun ada baju tu, beli sama-sama dekat Factory Outlet (kedai Gossip tu). Aman, Nasib baik adik aku lelaki, kalau perempuan sudah aku jodohkan. HAHA (sorry Aman). Penyabar, tenang dan tidak suka meremehkan keadaan. Cool and positive. Sometimes nampaklah dia tegas dan juga penyayang. Aman, aku kenal masa dekat Cemara, dia duduk atas rumah Shazwan. Masa tu 1st time datang Cemara sebab kena kerja dekat Shah Alam, sibuklah aku menggosok baju tiba-tiba ada orang bukak pintu, dia tengok aku, aku tengok dia. Lepas tu dia tutup pintu dia bukak balik dia senyum. Aku jerit "Wan! baik keluar dari bilik, rasanya ada kawan Wan ni". HAHA! Aman ingat dia salah bilik.
 
Tak bolehlah nak ceita semuakan. Akan ada entri istimewa buat mereka ni semua. Itulah yang aku cakapkan masa dalam train. Cuma nak ingat semua balik, terpaksalah guna mesin masa Doraemon. Buat Sol, kamu tak da masa ni. Jadi, nanti kita cerita ceriti dekat entri yang lain ye. Meneruskan lagi permainan, selagi belum sampai Jakarta. Aku menjawab soalan ke dua Shazwan, sambil pakai cermin mata dan memulakan bicara, permianan yang tadi hanya biasa-biasa sudah menjadi satu suasana yang agak tegang dan suram. " Kecil hati? dengan Aman, Mad dengan Aizul, takda rasanya. Wan? Entahlah, takda kot. Tapi, HAHA (dah nak meleleh dah masa ni).. Adalah kecil hati dengan Wan, (walau cemin aku warna dia ala-ala kunig, aku nampak perubahan muka Wan, paling dan bercakap tak pandang muka dia sangat).. Kecil hati sebab perangai Wan yang tiba-tiba berubah. Wan, mana pernah marah ataupun tarik muka dengan Abg Nash (dalam nada sebak), selama kenal Wan, takda Wan buat macam tu. Marah-marah Wan pun, Wan akan tegur dengan cara baik. Tiba-tiba je Wan macam tu. Siapa yang tak sentap, dah tu siap tidur bawah, macam protes. bla..bla..blaa.blaa.. (dan tak ingat apa yang diluah masa tu). Habis aku rembeskan semuanya dalam train tu. Dah nak sampai Jakarta baru stop, itu pun Pramugara Ngetop tu tegur, dah nak sampai Jakarta. Kalau nak tau feedback dia apa " Sebenarnya, Abg Nash salah faham, Wan tak marah Abg Nash pun, Wan kecil hati dengan Aman, dia janji masa malam tu nak urutkan perut Wan tapi dia tak buat pun. Wan marah masa tu je, Lepas tu tak da dah. Cuma tempias tu kena dekat Abg Nash, Mad dengan Sol sebab korang masuk bilik bising-bising, masa tu kan wan tengah tak sihat. Kan Wan text Abg Nash, Wan cakap tak da apa-apa. Abg Nash yang degil " Wan! - Dia boleh jawab macam tu je. Lepas tu dia senyum-senyum. Dia tak tau ke aku banjir dekat Bandung, Aku dok meleleh sebelah dia, dia pun tak perasan. Mana nak perasan syok tidur tak sedaq diri. Permainan yang tadi hanya satu permainan sudah menjadi satu luahan perasaan. "Abg Nash bukan senang nak luahkan apa-apa dekat Wan, kadang-kadang text Azre tanya tentang Abg Nash" Wan! - Jujur gila~ Yup! Azre salah satu watak lagi, suka jugak bercerita dengan dia apa sahaja, tidak sekelumit kuman pun disimpan, semuanya diluahkan. 


Akhirnya sampai semula di Kota Jakarta. Kononlah malam tu nak tidur Masjidlah, duduk je dekat kawasan train, esok pagi baru pergi jalan-jalan semula. Akhirnya, kami tumpang tidur dekat rumah kawan Uncle Shazwan. Kelas Kau Senah~ rumah ala-ala Dato' giteeww~ Kelas sangat!!

Gambar Mad ni dari balcony bilik. Kabur tu Bandar Jakarta.


Balik dari Blok M, Dekat depan rumah.


Yang ni ruang tamu. Depalah model upahan.

Kebanyakkan gambar semuanya pada waktu siang. Kami sampai di Jakarta lebih kurang 11.00 malam dan ke atas. Sampai dekat rumah Uncle Shazwan lebih kurang dalam 12.00 (maybe). Sampai dekat kawasan tu, aku rasa macam, weehuuu.. cantiknya rumah dekat area sini. Bawah dia ada ala-ala shopping mall dekat atas rumah. Seterusnya nak masuk dekat kawasan lif, ada pintu yang kena touch card baru boleh masuk. Dah masuk lif, touch lagi kad tadi untuk ke tingkat berapa (tak berapa nak ingat uncle dia duduk tingkat berapa). Sampai je, memang ada satu pintu. Selalunya akan ada dua, tiga buah rumah lagi, ini lain, memang rumah kawan pak cik dia je. Sangatlah safety dan mungkin susah ada kes kecurian. Rumah sangat besar, ada empat bilik. Kami semua tidur sebilik. Bayangkan betapa besar bilik tu. Malam tu Sol sangat-sangat akward, lain sangat Sol malam tu. Diam dan tak banyak bercakap mahupun ketawa hanya tersenyum. Kami pun bersiap-siaplah, ada yang mandi dan yang cuci muka sahaja. Selesai urusan masing-masing, Uncle Shazwan ajak turun bawah makan sekali dengan sahur. Ok! Uncle dia belanja~ So, masa mereka ni borak-borak aku banyak mendiamkan diri. Mereka banyak berborak pasal negara mana mereka fly! HAHA! Aku duduk dalam Malaysia je. Jadi, lebih baik diam dan tidak berkata-kata. Dengar sahaja, orang tanya barulah jawab. Kalau tak terus makan dan berterima kasih sebeb dibelanja. HEHE! Lagipun duduk dengan bakal-bakal Doctor kan dan Uncle Shazwan pun bekas pelajar INTEC tajaan JPA jugak. Kronologi yang cukup membanggakan. Usaha tangga kejayaan. Kalaulah boleh diputar semula masa, aku nak juga merasa biasiswa, tapi apakan daya, aku tidak sebijak mana. HEHE! Lepas, makan terus ke rumah dan masuk bilik bersiap-siap untuk solat terawih. Siap solat terawih, apa lagi aktivitasnya, tidur. Katil besar milik Aizul malam tu. Aman, Aku dan Sol sebaris, mengadap kepala kami bertiga, Wan dengan Mad. Bersantailah semuanya. Malam tu, aku pillow talk dengan Sol. Mood Sol dah stabil. (Thanks Wan sebab kenalkan Sol). Pillow talk kami berkisarkan apa yang berlaku dalam train sepanjang perjalanan dari Bandung ke Jakarta. Komen Sol "Alah tu je? Shazwan.. Shazwan.. HAHA" Sol! - end conversation. Masa yang sama, Aman macam nak demam semula, tengok dia dah membengkok macam pembaris flexibel, aku ambil selimut atau kain masa tu selimutkan (sweet gila) HAHA!! Sol dekat sebelah dah lelap dah. Aku? tak mungkinlah mudah nak tidur. Mad dengan Wan? Selamat belayar dah, Aizul jangan cakaplah.. HAHA! Bila cerita pasal tidur ni teringat Ratu Ngigau (Sorry Sol). Kisahnya pada malam aku dengan Shazwan dok sibuk cari hotel dengan tempat menarik dekat Bandung, masa tu posisi Sol tidur agak luas dan agak buas. Aku kejutkan dia tidur dengan betul, tapi?? HAHA! Tiba-tiba dia bangun dengan separuh bongkok,ala-ala Zaiton Sameon menarik selimut, dia tarik selimut terus atas kepala dia dan " Kenapaaaa??" (suara ala-ala Ella) Sol! - "Kau ok tak ni Sol" Wan! - Ingatkan dia balas, dengan hati yang penuh terbuka dia landing balik atas tilam terus tidur. Nampak tak di situ, ada ikut jejak langkah Aizul jugak. HAHA!


Episod 7 - Perjalan Terakhir.

Setelah semua kepenatan seharian berjalan di Bandung dan pulang ke Jakarta pada malam itu juga, semuanya terlewat bangun sehinggalah Pak Cik Shazwan kejut dia nak bagi kad and kunci barulah kami tersedar. Itupun sedar-sedar ayam!. Bangunlah seperti biasa, dan kejutkan mana yang patut. Bersiap-siaplah nak ke Mall depan rumah Pak Cik Shazwan dan ke Blok M (tak tau nama penuh dia). Walau dah hampir kesempitan wang, aku tetap memborong, HAHA! Balik Malaysia claim balik. Sempatlah beli baju untuk anak-anak sedara aku. Seperti biasa kalau di Jakarta kami banyak menggunakan perkhidmatan bajai. Dekat sinilah bermulanya cerita Serunding Terakhir, tapi tak boleh nak cerita, itu semua "untuk 18 tahun ke atas" HAHA! Ada kenangan yang ditinggalkan di sana. Semasa berjalan-jalan tu, barulah Sol meluahkan perasaan dia, apa yang dia rasa masa dekat Stasiun Bandung dan cerita itu semuanya sudahpun ketahui. Tapi dia nampak Fake gila malam tu. Dia tak biasa bergaul dengan orang lebih tua dari dia. I'm special OK! Thanks Solihin Mahadi. :) Nice to meet and know you. :)
Sampai rumah kawan pak cik Shazwan dah tolong book dua buah teksi untuk hantar kami ke Lapangan Terbang Sukarno Hatta Terminal 3. Penerbangan jam 9.00 malam dan kami sampai awal dekat airport lebih kurang dalam 6.00 petang. Mempersiapkan diri dan solat Zohor dahulu di rumah baru bertolak ke airport. Teksi pertama dan sampai, yang ke dua belum lagi. Tunggulah beramai-ramai dekat bawah rumah tu, termasuk kawan pak cik Shazwan sekali. Bila kedua buah teksi dah ada, barulah kami berangkat ke airport. Bersalam-salaman dan mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami ke rumahnya. Sayoonaraaa macet Jakarta, Mall Jakarta, Tangkuban Perahu, Kolam Air Panas, Pasar Baru, Factory Outlet, Jln Karapittan, Universitas Lang Buana, Taman Mini Indah Indonesia, Mbah Jingkrak, Kedai Datin-Datin, Bajai, Ojek, Angkot dan semuanya. Semuanya menjadi kenangan terindah dalam hidup aku bagi tahun 2012.

Destinasi Terakhir - Ukhwah Never Ends~

Destinasi terakhir adalah, Lapangan Terbang Sukarno Hatta Terminal 3, Indonesia. Penerbangan Air Asia 09.00 malam ke Malaysia. Tiba di sana, kami berterima kasih kepada pemandu teksi yang cukup ramah, berborak dan ketawa bersama. Aku, Mad dengan Aizul satu teksi. Shazwan, Sol dengan Aman satu teksi, kata mereka pemandunya banyak berkongsi tentang agama. Seronok tapi tidak mengapa bukan jodoh kita mahu ketemu. Sampai di airport kemas bagasi yang mahu di bawa masuk ke kargo dan siapkan segalanya, supaya tiada yang tertinggal. Kalau nak tahu, Aku dengan Sol kepingin bangat mahu makan CFC (korang ada? takda kan?) HAHA! Popular gila CFC dekat sana, ala-ala KFC di Malaysia. Cuma kat sana kita minum teh botol. HAHA!. So, sedang dok sibuk atur barang, duk sibuk itu dan ini dan nak masuk waktu berbuka. Berjalanlah sambil mengira duit, cukup ke tidak nak makan ni. Masing-masing pun koreklah dompet yang ada. Sampai ada yang terkeliru, kononnya duit hilang. Ada yang korek syiling, ada yang korek poket cari merata tempat. HAHA! Last pergi jugak dekat CFC tu, dengan harapan yang begitu besar, park troli bagasi dekat tepi aku duduk je dari jauh perhatikan budak-budak ni order. Kelakar sangat! Sampai orang dekat dapur CFC tu pun ketawa tengok. Order satu persatu lepas tu bayar dengan duit syiling siap kira pakai kalkulator lagi. Dah dapat satu set makanan ni, beli pulak air, cukup 5  botol je, kami berenam. HAHA! Sharing is Caring. Akhirnya selepas bertungkus lumus di kaunter, dapat jugak kami makan CFC. Kata Solihin "CFC lambang persahabatan kami :)" Thanks Sol.

Mas Ganteng sedang pilih makanan

Makan, Puas hati ye~ Cuma Hoka-hoka bento je xdpt


Selesai berbuka dan ketawa beramai-ramai dekat CFC tu, terus ke surau tingkat atas, selesaikan urusan yang wajib sebelum menaiki pesawat Air Asia untuk pulang ke tanah air. Menunggu panggilan masuk, sempat kami bermain TRUE and DARE. Macam-macam reaksi yang dapat dilihat, kami je yang bising dekat situ. Ketawa, bergambar, membahan antara satu sama lain, lengkap rasanya keadaan macam ini. Tepat jam 9.00 malam kami sudah ada di dalam cabin flight. Penerbangan memakan masa 2 jam malam tu, tidaklah membosankan. Kami duduk sebaris semasa pulang ke Malaysia. Aku (duduk sebelah tingkap, memang best, dekat dengan sayap lagi) Shazwan dan Muhammad. Kami sebaris, macam-macamah kami buat. HAHA! Aku menghabiskan penulisan dan membaca novel. Mad dengan Wan, sesi luahan hati yang tak habs lagi. Barisan sebelah sana Solihin, Aman, Aizul (sebelah tingkap). Memang havoclah kalau dah duduk sebaris. Kebetulan malam tu Tony Fernandes dalam flight tu. Tony Fernandes, peramah sangat. Dia berjalan dari seat depan sampailah kebelakang. Semua bergambar dengan dia. Cuma aku je tak sempat, sebab bateri camera dah habis masa tu. Aku pulak duduk hujung, payahlah aku nak keluar masuk.

Muhammad with Tony Fernandes 

Dapatlah mereka ni bergambar, sebab duduk tepikan, senang nak keluar masuk. Aku? Tukang ambil gambar je. Tak sempat nak bergambar bateri kamera dan habis. Sempat ambil dua gambar ni je.
Ok, nak dijadikan cerita, lepas Sir Tony Fernandes ni berjalan ke tempat lain (dalam flight tu), datanglah dua orang Pramugari Intan Payung. HAHA! Depa berlima ni, kemain lagi melayan ye~ Macam-macam soal siasat depa buat dekat dua orang pramugari tu.
Sampai satu ketika, " Abg pramugara yang hujung tu nak kenal "  (lebih kurang macam tulah dialognya) Aman! - Ciss! Aman dah pandai mengusik OK! Itupun sebab Shazwan bukak mulut. HAHA! Shazwan, bab mengenakan aku nombor 1, dia takkan mengaku kalah bab nak membahan aku. Malu gila, aku tunduk jelah~ Sambung baca novel! Yang lain dah terkekeh-kekeh ketawa. Siapa sangka perjalanan yang kami rancang hampir sebulan, akhirnya jadi dengan pelbagai pihak. Kesusahan yang dihadapi, cuba dilalui dengan tenang (tak tenang sebenarnya, serabut aku). Pengembaraan hampir tujuh hari itu memberi makna yang mendalam buat aku.

Shazwan with Tony Fernandes
Pengalaman paling manis adalah berpuasa di negara jiran (Indonesia), melihat keindahan Islam di Indonesia, Ukhwah yang terjalin antara kami. Tidak sangka, sebelum ini hanya mengenali mereka hanya sekadar manusia yang sedang menuntut A-Level di Shah Alam. Berkenalan melalui orang ke tiga, kadang-kala menumpang hostel mereka jika perlu kelas mahupun ada kerja yang perlu dilaksanakan di Shah Alam. Jarak usia agak jauh dan juga hadir dari latar belakang yang berbeza namun ianya bukan satu penghalang. Terima Kasih Muhamad Shazwan Sazali kerana memberi peluang untuk mengenali Ahmad Aiman Firdaus Azizan, Muhammad Shahrulzaman, Muhammad Aizul Haidar Zulkifli, Muhammad Aman Embok Halid, Salihin Mahadi, Mohammad Aisar Ahmad, Noorhafizi Abdul Razak, Syamsul Amri Sabri & Muhammad Hafiz Azmi. 

Perpisaha itu perkara biasa bagi setiap insan, namun kita hanya mampu merancang, Allah S.W.T yang menentukan. Perpisahan bukan untuk selamanya, namun hanya untuk seketika. Tiba di LCCT, Malaysi jam 11.30 Malam. Menunggu proses imigrasi dan juga mengambil bagasi masing-masing sudah memakan masa 20 minit (maybe). Sol, pulang bersama ayah dan abangnya. Sedih juga masa tu, baru mengenali siapa Sol sebenarnya. Bersalaman dan melambai untuk terakhir kali. "Bye, Sol! Kenangan Pillow Talk yang tidak pernah akan dilupakan". Kami berlima meneruskan perjalanan untuk mendapatkan perkhidmatan Bas LCCT ke KL Sentral, tepat jam 1.00 pagi tiba di KL Sentral dan Ayah Shazwan dah ada di KL Sentral menanti kepulangan kami (Cewahh~ Macam balik dari mana je). Tepat jam 2.30 pagi, sampailah kami di Alpha Villa Wangsa Maju. Semua berkampung di rumah Shazwan. Malam-malam terakhir katakan. Berborak sehingga ke subuh walaupun dah penat sepanjang hari. Aku? Ambil EL for that day, sebab lewat sangat sampai KL and then nak balik ke UNiSEL takda siapa nak hantar.

Serius, semasa menulis tiga entri berkenaan percutian aku ke Jakarta dan Bandung ini, ada some part yang buat aku ketawa dan juga menitiskan air mata. Kenangan paling indah dalam hidup sepanjang 2012. Cerita yang ada di dalam entri kali ini adalah perkongsian perasaan gembira, sedih dan apa jua yang dirasai dicoretkan demi mengimbau kembali kenangan semasa bersama. Tersenyumlah jika anda gembira membacanya dan Menangislah jika ada berduka dengan penulisan kali ini. Yang indah itu manis, Yang Kabur itu pahit.

"Salam Sayang dari saya, semoga kenangan manis ini kekal abadi sehingga ke akhir hayat"

2 comments:

  1. :) sob sob. Jumpa lagi sabtu ni... InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. :(
    Jumpa sabtu ni ye Sol, hang yang terakhir sekali.. huhu
    Jgn lupa kita yeeee~

    ReplyDelete