Tuesday 7 May 2013

Cerita Rumah Tiga Tingkat

Assalamualaikum W.B.T

Hye! Uhuk2! Berhabuk sudah blog kita ni. Apa khabar iman kita hari ini? Terus Sabar. Istiqamah. Ikhlas. Mujahadah. Pertama kali menulis blog terus dari Jakarta, Indonesia. :) Alhamdulilah, semalam dari rumah bertolak jam 12.15 P.M dan selamat tiba di KLIA jam 1.20 P.M. My first time naik flight terus dari KLIA, before this naik dari LCCT and the same time ALONE! Berdikari sangatkan. Awesome. First time merasa naik Erotrain~ Haha. So excited! Alone, di situlah develop skill, walaupun angah dengan mak pantau dari atas. Hehe. Sangat blur waktu check in bag and so on. Serius nampak sangat nerd! Terasa pelik sangat! Masa naik Air Asia, takdalah totally semuanya warga Indonesia, tapi naik Lion Air, hampir 80% Indonesian. Serius sangat tak faham dan juga tak mengerti apa yang mereka katakan. Dalam flight asyik terlanggar orang disebabkan bawak guitar yang besar dan bag laptop. Haha.. "Maaf ya Pak, Maaf ya Pak" -  Ini adalah hasil penulisan tergantung di Tg. Duren, Jakarta. :)

Suprise! Tapi tak menjadi!

Weee.. Selamat tiba di Seokarno Hatta Airport Terminal dua tepat Jam 5.00 petang. Cabaran pun bermula, semasa dalam flight ada bertanya kepada Pramugari " Mbak, perlu ada isi apa-apa form ngak?" bila Pramugari tu berikan sehelai kertas, rupanya itu hanyalah declaration kastam. Mana borang ASEAN? Huhu.. Sangatlah penat, ke hulu ke hilir mencari borang tu, then sampailah satu kaunter ni, barulah dia bagi. Selesai isi form, terus ke imigrasi, ramahlah jugak orang yang jaga kaunter imigrasi tu " Ya, dari Malaysia? Mau ke mana ya pak? Lagi liburan?" walaupun tak pandai ngomong bahasa indonesia "Iya mas, lagi liburan sama cousin dan teman-teman." "Di mana tinggalnya?" "Tanjung Duren, mungkin". Hentam jelah labu. Asalkan depa faham apa yang saya sampaikan. Lepas ke imigrasi, berjalanlah sejauh beberapa meter untuk buat tuntutan bagasi. Hambeekkkk! Punyalah jauh, sejauh-jauhnya.. Haha.. Sangat mencabar, sebab datang seorang, lepas itu bila tanyaorang je, "Saya hanya uruskan Japan Airlines, ngak tahu yang lain" - Huh~ Serius sangat sedih. Selepas selesai membuat tuntutan bagasi, terus ke ruang pemeriksaan bag untuk keluar dari air port. Alhamdulilah, cabaran pertama selesai. Cabaran ke dua menyusul bila Aman dengan Apai langsung tak nampak dekat air port, dengan credit handphone habis, dengan takda nombor indonesia, tolaklah troli sepanjang air port, dah tu ramai pulak yang nak offer naik taksi. Aisshh.. Mana mamat dua orang ni, SMS Mad tak sampai, nak whtsapp tak boleh, takda lain internet. Pantas buat SOS Topap and terus SMS Aman, Ohh.. Dah sampai tengah mencari saya rupanya. Biasalah, macet kan! Tengah dok SMS tiba-tiba ada orang nak ragut handphone,sangat seriau rupanya Apai.! Cisdale~ Risau gila, bila dah tengok muka depa berdua barulah rasa lega sangat. Sangat-sangat tenang.!. Lapar! Sangat lapar, dalam flight tak makan apa-apa pun, just minum air je. Naik teksi from terminal 2 terus ke Tg. Duren, masa tu Shazwan ada dekat somewhere dengan Mad and Missz at Seoul Garden. Sampai dekat Tg. Duren, nampaklah rumah tiga tingkat yang selama ini tengok dalam gambar sahaja. Melangkah masuk ke dalam rumah yang penuh debaran, bertembung dengan Asyraf Nazri and Marzuki - Penghuni GF, sementara nak naik ke atas, bertembung dengan Radhi di tangga, "Mai, saya bawakkan bag naik atas, bukan kata nak datang 5 hari bulan?" - "Tak jadi datang time tu Radhi, susah-susah je bawak bag" - "Takpa, tetamu.. Saya nak ke surau dulu, nak Isyak" - "Baik, Nak rehat jap." - Aman dengan Apai dah selamat dalam bilik. 1F Bilik Sulaiman :) " Sulaiman, kurusnya man? Tak makan ke?" - Terus ke bilik milik Mad, Wan dengan Aman, besar jugak bilik depa, katil yang telah digabungkan, cuma meja belajar yang sangat bersepah. Biasalh student medic kan! Haha.. Letak bag, siap-siap untuk solat Isyak. Terus ke surau yang betul-betul dekat dengan rumah mereka. Selesai solat, duduk sebentar dekat surau tu sambil-sambil tu borak dengan Sulaiman - "Sulaiman, kenapa kurus sangat ni? Tak makan ke?" - "Ekh! Takdalah Abg Nash, makan je. Mungkin dah 6 bulan tak balik".. Kurusnya sulaiman, nampak berbeza sikit. Balik rumah, ajak Apai dengan Aman cari kedai makan. Sangat lapar, buat kali pertama makan dekat kedai tepi jalan. Hehe.. Alhamdulilah, buat hari pertama, perut tak sakit. Borak-borak dekat kedai makan tu sambil ketawa sikit - "Pak, temannya baru datang dari Malaysia" - Aman (Kalau tak silap).. Siap perkenalkan kita pada orang kedai tu. Makan nasi goreng gila, sangat sedap. :) Balik rumah, mandi, guling-guling dengan Aman, borak-borak sementara menunggu si Mad dengan Wan balik. Hahaha.. Disebabkan semuanya dah kantoi, tak payahlah nak selindung lagi. So, dengar je bunyi teksi terus nyorok dekat beranda, disebalik kipas Air Cond, dua tiga kali gak pintu dibuka, tapi tetap tak dapat cari. Hehe.. Last-last takut kena kunci, whatsApp Mad "Bukalah pintu tu Mad, Takut pulak tunggu lama-lama kat luar ni" - Tiba-tiba Mad bukak pintu dengan bebel-bebel (lupa Mad cakap apa) .. Saya pun follow Mad dari belakang. Shazwan dah gelak bila nampak saya, kononnya nak baling air.. Sama-sama gelak kuat, masing-masing jerit. Hahaha.. Serius I miss this moment! Miss sangat-sangat. Sangat kelakar! Apa lagi. Peluk sakanlah!! Wuaaa~ Walaupun prank tak berapa nak menjadi end of the day sangat happy. Kaki sudah berpijak di Rumah tiga tingkat, Tg Duren, Jakarta. Allah S.W.T akan menjanjikan yang terbaik jika kita bersyukur dengan nikmatNYA. :) 1st time sambut birthday di Jakarta and serius malam tu macam dah lama tak jumpa, sedangkan bulan dua baru je berjimba dekat Singapore. :)
Jadilah sesi luahan hati sedikit dekat whatsApp malam tu. I'm gonna miss you brother! Thanks Mad and Aman and Apai. Walaupun tak berapa nak menjadi, kita tetap berjaya prank dia. :)

Prank Secara Tak Sengaja!

Second day! Waktu saya ke Jakarta, bakal-bakal doktor ni tengah exam. So, pagi tu Mad and Aman ada exam. Wan dengan Apai sambung tidur lepas Subuh. Lepas Subuh biasalah, susah sikit nak tidur. Selalunya kalau hari bekerja, Subuh gajah "kata omak den".. Selesai je subuh, ajak Mad teman buat breakfast. Dah lama tak buat roti sardin celup telur. "Mad, jom teman Abg Nash buat breakfast, segan pulak nak duduk sorang-sorang dekat bawah". - " Jom-jom." - Buatlah sarapan bersama si MadTop ni, yang lain semua kembali ke bilik masing-masing. Siapkan dahulu sarapannya, "Kawan-kawan sarapan dah siap, boleh makan" Laungan Mad! - Dengan pantas saya naik ke bilik, tengok sodapnya Shazwan dengan Apai ni tidur. Mata tak boleh nak lelap lagi, melayan kebisingan budak-budak ni nak pergi exam. Kecoh sangat-sangat, dari rumah nak ke kampus adalah dalam 15 minit. Paling last sekali keluar Aman. Hehe.. "Alah, relaxlah.. Ukrida, kadang-kadang masa tak menentu" - Tinggallah saya, Apai, Shazwan *tak ingat dah* Haha.. Bila dah tengok depa ni tidur sedap je, bergulinglah sekali.. Si birthday boy kemain bila dapat nikmat tidur. Cakap nak bawak g makan Bubur Ayam, last-last bubur ayam tah ke mana, study tah ke mana. Sedar-sedar dah jam 9.00 pagi. "Abang Nash, jomlah nanti bubur ayam tu habis." - "Wanlah, dah kejut tadikan" - Bangun gosok gigi, terus pergi kedai dekat tepi jalan tu. "Pak buburnya ada lagi ngak?"- "Udah habis" - Tersenyum lebar. Haha.. Jadikan cerita, Shazwan bawak saya pergi makan dekat Warte *mcm tu kot ejaannya* - Sarapan pagi plus dengan lunch sekali walaupun baru jam 9.++  pagi.. Hehe.. Sedap sangat nasi padang.. Serius hanya di Indonesia sahaja kita dapat rasa originality masakan padang tu. Pedas, enak, garingnya.. Ya Allah, sedap sangat. Cuma kali ni terkilan tak dapat ke Mbah Jingkrak. Sangat rindu nak ke kedai tu. :) Selesai makan dekat Warte tu, terus balik rumah, Shazwan nak sambung study. Sampai dekat rumah tengok budak-budak ni pun tengah makan jugak. Depa baru balik exam. Bising jugak rumah depa ni. Haha.. So, saya dengan Shazwan terus je naik bilik, Shazwan sambung study dan dalam masa yang sama mereka jadikan saya sebagai "Ope" = Orang percubaan~ Cisdale.. Haha..
Depa exam petang, semuanya exam. Jadi taknaklah tinggal sorang-sorang dalam rumah. Jadikan cerita, saya pun ikutlah mereka ke FK Ukrida, besar jugak kampusnya. Kononnya nak lepak dekat library, tapi tak jadi, sebab library dia pack sangat. Akhirnya lepak je depan exam hall. Tiba-tiba "Abg Nash!.. Hahaha.. Bila sampai" Terjerit gadis ni! Haha.. "Aida! Haha.. Semalam dah sampai dah.". - "Ohh.. Patutlah semalam Apai dengan Aman bila Wan terjerit-jerit panggil diorang buat bodoh je... Jalan terus biarkan Wan." - " Yelah, Apai dengan Aman ambik Abg Nash dekat terminal 2" -  "Okay! Aida g exam dulu. Nanti kita pergi Bandung sama-sama ye!" -
Jadi, lebih kurang dalam 45 minit duduk dekat area exam hall, sempatlah buat coretan sikit. Coretan tu dah copy paste dekat desktop laptop Shazwan!. Hehe.. Menunggu, tiba-tiba dari jauh dah nampak dah bakal Doktor berbaju hijau. "Jom! Balik, kita keluar jalan-jalan" - "Tapi bukan Wan ada Ushrah?" - "Takpe tu semua Wan boleh settle". "Mana yang lain, tak balik sekali" - "Ada jap lagi mesti bertembung". - Baliklah beramai-ramai, merasalah pegang kot doctor dan merasa berjalan sebagai Malaysian student yang study dekat Indonesia. Hehe.. Sampai rumah, bersiap untuk Asar, Shazwan tengah settle down dengan Naqib dia untuk tunda Ushrah~ Hehe.. Rancangan demi rancangan, otak saya ligat nak menyiapkan kad yang tak sudah. Bila Shazwan dah tetidur dekat bilik Apai, rancangan bermula, Saya, Apai dengan Shayuti keluar pergi kedai nama Snapy untuk cuci gambar Aman dan Solihin, selesai urusan dekat Snapy singgah sekejap dekat kedai jual kuih terus balik rumah dan masuk bilik Aiman dan Shayuti. Haha.. Rancangan semalam tak jadi, beralih ke hari seterusnya. Kedengaran Azan Asar, Aiman dengan Shayuti bagi kunci bilik depa, saya pun menguncikan diri dalam bilik tu, menyiapkan kerja-kerja terkahir. Siap punya siapkan. otak masih ligat macam mana nak buat suprise pasal kad ni. Tiba-tiba "Mad, main futsal jom" Aiman dok ngajak Mad main Futsal. Pada mulanya, nak keluar malam, sebabkan kata nak keluar ramai-ramai. "Wan, keluar malam nak? Aiman nak ikut. Tapi dia nak g main futsal dulu. Mad pun ikut sekali" "Lah! Kenapa nak keluar malam pulak, Wan dah tunda Ushrah dah, keluar sekarang jelah, siapa nak ikut, ikut jelah. Wan tak kisah. Abg Nash datang sini nak jalan-jalan bukan duk rumah je" - Okay! Drama dah mula "Okay, Abg Nash ikt Wan je." - Mad dengan saya dah tersenyum-senyum dah! Then tengok Mad dok bisik-bisik dekat Wan! Pujuklah kot! Haha.. "Siapa, nak ikut nak keluar ni, siaplah.. Hehe" - Semua berdesup bersiap. Hehe. Tengah bersiap-siap saja menyapa si Radhi, "Radhi pakai macam tu je ke?" - "Macam ni jelah. Tie takdalah nak pakai" Haha.. "Tulah, baju tu takda koler pulak ye! Kalau tak boleh pakai tie" Haha.. Sangat kelakar Radhi.. Suka kacau dia. 1st time keluar dengan Radhi, Shayuti, Sulaiman. Naik teksi ke Festival apatah namanya, makan bersama birthday boy dekat Heartz Chicken Buffet! Serius kedai berkonsepkan ayam. Dahlah buffet, bedal semua yang ada! Paling best~ Ais Krim Coklat the best~ Haha.. Makan sampai kenyang. Semangat depa ni makan. Haha.. Tengah makan " Abg Nash, yang tu Azan tau" - "Wan, aah Wan.. Tu Azan, Abg Nash memang baru masuk Islam semalam" - Ke main dia mengenakan kita. Haha.. Hamboiiii.. Kami Maghrib bergilir-gilir dan seterusnya! Bowling time! Haha.. Game pertama, Saya, Aman, Wan, Radhi, Sulaiman, Apai, Shayuti main dulu. Ketawa berdekah-dekah main. Macam-macam skill keluar waktu main. Masuk game ke dua !! Tiba-tiba~ HAH! Tutup muka Birthday Boy! Aiman pegang Kad Birthday! Mad bawak kek! Suprise Wan! Akhirnya! Rancangan menjadi! Haha.. Cerita Di Petang Hari : Sebenarnya, masa borak-borak sebelum Asar tu, memang nak keluar malam, jadi ingat boleh Mad dengan Aiman boleh main futsal dulu, tapi bila Wan berkeras nak pergi petang jugak. Nampaklah permainan dekat situ. Jadi, Saya paksa Mad untuk pergi main futsal dan rancangan pun bermula. Mulalah, drama sebabak dalam teksi, Wan pun mulalah meluahkan apa yang dia rasa... Luah punya luah, saya dengan Aman dekat dalam teksi dah nak pecah perut ketawa, tapi kami layan je. Dalam masa Mad nak pergi main futsal tu, saya pesan dekat dia "Mad pergi je main futsal, nanti pujuk-pujuklah dia sikit. Jangan lupa bawak kad tu masa jumpa kitaorang dekat mall tu nanti dengan kek sekali" - "Orait! Heee.." - Itulah cerita disebalik moody Shazwan petang tu. Yang Aiman Firdaus pun satu! Ada ke tak wish birthday dia dah dekat jam 11.00 baru nak wish. Nak kena belasah mamat ni balik Malaysia nanti. Aisshh.. Akhirnya jadi jugak prank dia, walaupun bukan dengan tepung. Haha.. "Thanks Abg Nash!! Meh2! Peluk sikit.. Haha" Gila nak hug2 dekat depan ramai-ramai tu, sat lagi meleleh ada pulak Radhi Sulaiman Marzuqi Aiman Shayuti pelik. Haha.. Sambung main bowling dan pergi makan dekat Mall berdekatan :)
Pada malam yang sama jugak, merasa jammed yang melampau sangat-sangat sebab hujan lebat dekat Jakarta. Lepas makan, teruslah mencari teksi nak balik. Punya payah nak mendapatkan teksi sebab BANJIR! Serius first time merasa banjir, dahlah first time merasa banjir, banjir dekat negara orang. Atas sebab jammed yang teruk, terpaksa jalan kaki balik umah. Jauh jugaklah berjalan. Haha.. Tapi tak sejauh macam dekat Bandung dulu. Seronok jugak, tapikan geli sikitlah.. Haha.. Sambil berjalan tu nikmatilah segala apa yang dirasai. Hehe.. Habis seluar, dahlah bawak seluar dua helai je.. So, hari seterusnya berjalan hanya menggunakan seluar track je. Haha..

Cerita dua hari di sana cukup mengembirakan hati, Ukhwah yang tidak pernah putus talinya, makin utuh dan kukuh. :) Kerna Allah sayangkan ukhwah kami.. Cerita masih belum berakhir, akan bersambung lagi di Cerita Rumah Tiga Tingkat  II - Sesungguhnya masih terasa badan ini di Tg. Duren, Jakarta :) Memori indah itu susah untuk dipadamkan. :) Happy Birthday Shazwan Sazali :)

3 comments:

  1. wah bestnya nashriq p jumpa kwn2 kat indon. sonok je baca citer nash ni terasa cam akak pun ada kat sana sekali

    ReplyDelete
  2. akak dpt menghayatinya..huhuuuu..best giler moment nie..

    ReplyDelete
  3. Kak Liza, Tulah rezeki Allah nk bagi kak.. Hehe.. Seronok, lupa sejenak sibuk kota dan kerja.

    Kak Hajar, Haha.. Dpt menghayatinya.. Inilah nikmat dan manisnya ukhwah :)

    ReplyDelete